Tuesday, September 6, 2016

Upgrade | 50mm VS Flash

Canon 5D + Canon EF 50mm F1.2L + YN560 M2

SOALAN

"Kehadapan abam Ejad yg kacak lagi tampan, saya ada soalan nih. Saya nak menyemakkan diri dalam wedding photography. Sekarang saya ada Canon 700D dgn kitlens 18-55mm F3.5-5.6. Saya rasa equipment yg ada ni mcm tak lengkap. So kalau katakan saya ada bajet sekitar RM500 utk upgrade, saya patut beli apa; flash, atau lens 50mm F1.8?"

JAWAPAN

Flash of cozzzzz.

50mm mmg kacak utk portrait, main bokeh2 kat hantaran... tapi flash lebih penting bai. Bokeh tidak bermakna kalau gambar anda tu tak cukup light.

Dan sebenarnya kalau korang perasan, kelebihan 50mm berbanding kitlens dlm kes ni hanyalah kerana mempunyai aperture sebesar f/1.8. Dari segi focal length, kitlens 18-55mm better lagi. Dia boleh cover wide shot seluas 18mm yg cukup sangat dah utk group photo.

Ye ye habang tahu 50mm tu sedap main lowlight. Dah tu takkan manjang nak guna aperture f/1.8 je utk semua shots? Group shot dgn 50mm kat body APS-C? Nangis bai nak kebelakang. Nak tak nak kena guna kitlens. Kitlens pulak tak berapa kacak utk lowlight, sebab tu kena beli flash.

Built-in flash? Bukan tak boleh guna, tapi habang tak berapa prefer la. Sbb biasa kalau guna built in ni mesti gambar jadi harsh, nampak shadow tudung yg ketara, dahi berkilat.. Ye la flash tu kan direct.

Shoot je gelap2 nnt masa edit cerahkan? Ngko nak semua gambar ada banding noise ke hape. Lepas tu rajin la pulak nak cerahkan semua gambar. 


Korang try usha gambar ni. Nampak tak betapa hensemnya sesebuah gambar itu bila cukup pencahayaan. Of coz la gambar ni tak sekacak studio tapi at least jauh lebih baik la drpd gambar yg tak guna flash. Kalau korang ada 50mm pun belum tentu boleh dapat amik gambar camni kalau takdak flash.

Melainkan kalau wedding atau event yg korang shoot tu 100% outdoor. Nikah sanding photoshoot semua kat luar. Dan cuaca time tu pulak mmg cantik terang tanpa memerlukan flash.

Ni habang kasitau 1 pengalaman. Habang penah folo member shoot wedding pakcik dia, org kampung. Nikah malam. Ngko tahu, berarak tgh malam kat jalan kampung berbekalkan lampu jalan kuning tu. Kalau takde flash, mmg jaundice habis muka pengantin. 

Lepas tu masa akad nikah, punyalah azab nak focus, rumah gelap romantik kemain. Kalau nak guna available light semata2, mmg kena guna f/1.4 dgn ISO6400 je la, tu pun shutter speed 1/30. Kalau takde flash, mmg azab la gambar semua noisy dan blur sbb shutter speed rendah sgt.

So dlm kes ni, keutamaan lebih diberikan pada external flash. Nak beli Yongnuo yg fully manual ke, Nissin yg 3rd party ke, Canikon yg original ke, tu ikut suka wallet anda. Yg penting utamakan flash dulu. 50mm tu try pinjam je dulu. Kang ada bajet ha beli la 50mm 1.2 teruih.
Tapi ni pendapat habang je la. Kalau tak setuju takpe. Habang tak tacing.

Oh ha nak tambah 1 lagi. Katakan la dgn RM500 tu, korang mampu beli lens 50mm F1.8 dan flash (second hand of coz), itu lebih digalakkan. 50mm F1.8 second hand boleh dpt dlm RM200-RM250 (bergantung kpd version), manakala flash pulak boleh dpt dlm RM250-RM300, tgk jenama. Kalau yg manual mcm Yongnuo mmg takde hal la sbb murah. 

Tapi kalau RM500 tu mmg ngam utk salah 1 di antara lens 50mm dan flash, beli flash. Itu lebih utama utk wedding photography.

Semoga bermanfaat.

Ejad Fotopoyo

No comments:

Post a Comment