Thursday, September 15, 2016

F-Stop VS T-Stop

Sumber: basilyeo

Assalamualaikum & Salam Sejahtera korang2 yg cantik jelita sekalian.

Ok takde idea nak intro panjang2. I'll just go straight to the point.

Baru2 ni aku diminta oleh rakan seperjuangan (nama dirahsiakan sbb budak ni poyo teruk) utk membebel pasal F-stop dan T-stop. 

Ha? T-stop? Apakah?

Aku tau mesti ramai yg blur. Sbb dalam kehidupan seorang photographer, istilah yg kerapkali kita dgr dan guna berulangkali adalah F-stop, bukan T-stop.

So apekemende T-stop ni ekceli? Apa pekdahnya dalam hidup aku? Kalau tau psl T-stop ni dah boleh bukak bengkel mengajar photography ke?

Samyang Optics 12mm T3.1 VDSLR ED AS NCS Fish-eye

Bagi photographer, istilah T-stop ni benda yg agak baru. 

Utk videographer pulak, benda ni diorang hadap hari2, sbb kebanyakan lens yg dicipta khas utk video (CINE lens) menggunakan T-stop berbanding F-stop yg biasa dilihat dlm kebanyakan lens (rujuk gambar lens Samyang di atas).

Tapi videographer yg hadap benda ni hari2 ni pun belum tentu tau amende T-stop dan apa beza dia dgn F-stop, ye dak? So dalam artikel kali ni aku akan bincangkan dgn lebih lanjut.

Anyway, sebelum aku bebel psl T-stop ni, jom kita ulangkaji kejap pasal F-stop.

F-Stop

Sumber: freephotocourse

Secara umumnya, F-stop merupakan unit ukuran yg standard bagi bukaan aperture sesebuah lens. F-stop lah yg bagi maklumat pasal keluasan bukaan aperture lens kita. 

Usually dipersembahkan dalam unit nisbah (ratio), contohnya kitlens 18-55mm 1:3.5-5.6,, atau 50mm 1:1.8. Atau ditunjukkan juga dalam bentuk f/angka, seperti f/4, f/5.6, dgn f disini bermaksud focal length. 

Sbg contoh, korang ada lens 50mm F1.8. Kalau korang guna aperture 2, dia jadi f/2, atau 50/2 = 25mm, yg memberi maksud pada lens 50mm dgn aperture f/2, diameter bukaan adalah 25mm.

Perkataan "stop" tu seolah2 memberi maksud "set aperture tu kat angka sekian-sekian", sbg contoh kalau kita ada lens 50mm F1.8, bila kita guna aperture kecik seperti f/5.6, kita panggil stop down to f/5.6

Lepas tu drpd 5.6 patah balik pegi 1.8, dia jadi stop up to 5.6. Ringkasnya stop down = kecikkan aperture (angka meningkat), stop up = besarkan aperture (angka menurun). Cuma istilah stop up ni jarang digunakan berbanding stop down.

Dari segi manipulasi cahaya pulak, basically stop down (nilai f besar, contoh f/8) membenarkan sedikit cahaya masuk ke dlm lens, meluaskan lagi depth of field dan juga menambahkan ke-sharpness-an gambar. Stop up pulak (nilai f kecil, contoh f/1.8) membenarkan lebih banyak kemasukan cahaya dan menipiskan lagi depth of field. Boleh rujuk gambar kuning kat atas ni.

Utk tambah pening, boleh usha artikel berikut sbg bacaan tambahan:
  1. Aperture
  2. Divisyen Stops dalam Photography
  3. Aperture & Sharpness
  4. Fixed & Variable Aperture

Sbg kesimpulan utk tajuk F-stop ni, kita tau yg F-stop mewakili bukaan aperture pada sesebuah lens, di mana drpd bukaan ini lah kita tau banyak mana cahaya yg masuk ke dalam lens. Sbg contoh f/1.8 bagi banyak cahaya yg masuk, dan f/11 bagi kurang cahaya yg masuk.

Ok, pening dah? Lek lu, ni baru ulangkaji bab Aperture. Belum masuk T-stop lagi.


T-Stop

Sumber: premiumbeat

T-stop (T = Transmission) secara ringkasnya bermaksud ukuran bagi cahaya yg betul2 sampai kpd sensor.

Tak faham? Ok camni. F-stop bermaksud bukaan iris (aperture) pada sesebuah lens, manakala T-stop pulak bermaksud ukuran bagi cahaya yg betul2 sampai kpd sensor.

So apa beza kedua ni ekceli?

Lens yg contohnya f/1.8, bila kita guna aperture f/1.8, cahaya yg betul2 sampai kat sensor tak semestinya sama dgn masa dia mula2 masuk ke dlm lens tadi. Sbb dlm lens tu ada banyak kanta, so ada cahaya yg diserap, ada yg terpantul, so contohnya katakan la masa mula2 masuk ke dlm lens, cahaya ada 100, tapi disebabkan melalui dalam lens yg ada serapan, pantulan dan sebagainya, nilai cahaya yg 100 tadi tu berkurang, dan yg sampai kat sensor cuma 50 je.

Contoh dalam real life pulak, katakan korang bukak lampu suluh. Suluh kat 1 objek, dan perhatikan perjalanan cahaya drpd lampu suluh tu sampai la kpd objek tu. Tgk cahaya yg mula2 keluar drpd lampu suluh tu terang, tapi bila tgk kat objek tu, cahaya tu tak seterang tadi. Ha lebih kurang camtu la nak bg senang faham.

So bila kita guna aperture 1.8 misalnya, cahaya yg sampai kat sensor tak sama dgn yg masuk dlm lens. Dia dah berkurang. So disinilah ukuran T-stop memainkan peranan. 

Katakan kat lens 50mm F1.4, F-stop adalah F1.4, tapi T-stop adalah T1.6. Ni bermaksud cahaya yg betul2 sampai kat sensor dah berkurang sebanyak 1/3 stop, disebabkan berlakunya proses serapan dan pantulan dalam lens tersebut.

Dan berdasarkan bacaan yg aku dah buat, T-stop adalah berlainan bagi setiap lens walaupun mempunyai focal length dan aperture yg sama. Contohnya (ni contoh je) Canon 50mm F1.8 punya T-stop adalah T2, manakala Nikon 50mm F1.8 punya T-stop adalah T2.1. Which means, kalau korang amik gambar yg sama, framing yg sama dgn setting yg sama menggunakan kedua2 lens, gambar dari lens Nikon akan sedikit underexposed disebabkan cahaya yg sampai kpd sensor tu lebih rendah berbanding lens Canon. Again, ni contoh je.

Sebab tu kadang2 kat exposure meter tu tunjuk 0, tapi gambar still under. Nak tak nak kena la main dgn exposure compensation, atau kalau guna mode M, kasi indicator tu naik pegi positive, supaya dpt gambar yg properly exposed. 


PENTING KE INFO NI?

Lepas dah pening baca bebelan aku kat atas ni, korang mesti tertanya2, penting ke benda alah n? Perlu ke aku tau psl ni?

Honestly bagi aku, benda ni hanyalah pengetahuan tambahan semata2. Sbb apa yg penting utk kita tau sebenarnya ialah F-stop, bkn T-stop. Sebab tu kat lens semua bubuh F-stop instead of T-stop. Dan katakan kita amik gambar dan gambar tu gelap sikit, usually kita edit la kasi terang, atau prevent siap2 dgn menggunakan exposure compensation. Jarang la org bila dpt gambar gelap dia komplen psl T-stop.

Dan bila kita cerita psl Depth of Field ke, Bokeh ke Sharpness ke, kita akan relatekan dgn F-stop. Kita akan cakap bokeh kat f/1.8 kacak. Depth of field luas pada f/11. Gambar sharp kalau guna f/8. Penggunaan F-stop lebih meluas dan senang difahami sbb org tak kisah sgt pun cahaya sampai byk mana kat sensor, yg penting cahaya yg masuk dari depan tu banyak.

Meanwhile, T-stop penting bagi golongan videographer/filmmaker, astrographer dan lain2, sebab tu lens2 yg dicipta utk video ni menggunakan T-stop instead of F-stop. Boleh rujuk lens2 ciptaan Samyang utk info lanjut.

FYI, lens yg menggunakan T-stop ni biasanya tak berbunyi bila tukar aperture. Bila tak berbunyik ni kita panggil dia sbg de-clicked lens, atau clickless lens. Mana 1 yg betul pun aku tak tau. Tak kisah la, janji masa tukar aperture tu menggunakan aperture ring, dia takde bunyik klik klik tu. Sbb kalau ada bunyik nnt bunyik tu masuk video, kan ke pelik jadinya. Mcm bunyik autofocus masuk video la, tiba2 kang dgr bunyik lens tgh focus.

Utk bebelan bahasa omputih yg lebih senang difahami, boleh rujuk video Matt Granger berikut:


Sekian bebelan harini. Nak pegi bendahari UKM jap hantar surat tawaran MyBrain. Kbai.

Ejad Fotopoyo

No comments:

Post a Comment