Thursday, June 9, 2016

Spot Removal | Bukan Sekadar Bulat

Assalamualaikum & Salam Sejahtera semua.

First of all, kpd kaum Muslimin dan Muslimat yg dirahmati Allah sekalian, selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga kita istiqamah dalam beribadah di sepanjang bulan yg mulia ini, insya Allah.

Hari ni aku terasa nak membebel pasal 1 topik simple, iaitu Spot Removal. Spot Removal yg akan dibincangkan ini adalah merujuk kpd sebuah fungsi dalam Adobe Lightroom.


SPOT REMOVAL


Ringkasnya, Spot Removal merupakan satu tool yg membolehkan kita buang elemen yg tidak dikehendaki dalam sesebuah gambar.

Dgn menggunakan Spot Removal, korang boleh buang benda2 yg menyemak dlm gambar, mcm sampah, orang, tiang lampu, daun kering, etc etc. Beberapa contoh disediakan seperti berikut:





TUTORIAL

Utk pengetahuan korang, Spot Removal ni dah lama wujud, sejak Adobe LR yg version pertama lagi. Cuma utk version baru (kalau tak silap LR4 ke atas), Adobe dah mula upgrade/enchance Spot Removal ni kpd feature yg lebih baik, dan aku akan tunjuk secara ringkas pasal benda ni.

Katakan korang ada gambar ni:


Dan setelah diteliti, korang decide nak buang certain benda dalam tu, iaitu mamat yg menyemak duk tgh2 gambar tu.

Bagi yg dah biasa dgn Spot Removal sebelum2 ni, korang mesti familiar dgn step dan bentuk dia kan? Dan korang mesti perasan yg bentuk Spot Removal ni bulat, seperti berikut:


Seperti yg korang sedia maklum, Spot Removal ni dibuat dgn kita memilih kawasan objek yg nak dibuang dgn cara menggantikan kawasan tersebut dgn texture drpd kawasan lain. Hence the 2 circles. 

Bulatan kanan ialah area yg di-copy, manakala bulatan kiri (kawasan objek yg nak dibuang) akan diisi dgn apa je yg ada dlm bulatan kanan. Kiranya bulatan kanan copy, pastu paste dlm bulatan kiri.

Takde masalah apa pun dgn bentuk bulat.

Tapi bila elemen yg nak dibuang tu mempunyai bentuk yg besar/panjang dan bercabang2, sehingga memaksa korang utk menggunakan bulatan yg besar pada Spot Removal, maka disitu timbulnya masalah.

Antara masalah yg korang akan hadapi ialah susah nak cari kawasan besar yg mempunyai texture atau detail yg almost sama dgn kawasan yg korang nak remove, seperti yg korang boleh tengok dalam gambar di atas.

Maka disini kita akan manfaatkan Spot Removal yg telah diperbaharui oleh Adobe. Terpakai bagi version 4 dan ke atas sahaja.

So katakan kita masih nak buang elemen tadi tu. Dalam kes kali ini, disebabkan objek yg nak dibuang tu berada di kawasan yg susah utk di-Spot Removal-kan dgn sekali step, maka kita bahagikan kpd dua kawasan:


Step-nya sama - select Spot Removal. Dia akan muncul bulatan mcm biasa.

Seperti biasa, control saiz bulatan tersebut dgn scroll pada mouse. Scroll ke atas membesarkan diameter bulatan, dan sebaliknya.

So skrg, instead of sekali click pada subjek yg nak dibuang, kali ni klik dan jgn lepas.
Sambil tu korang drag dan ikut je shape objek tu, mcm korang tgh duk lukis objek tersebut.
Dah habis drag, baru lepas klik kat mouse tu.

Lepas tu mcm biasa la, letakkan bentuk kedua tu pada kawasan yg sesuai utk di-copy-paste pada bentuk pertama.

Utk kotak merah 1, kita dpt hasil berikut:


Manakala utk kotak biru 2:


Compare sebelum dan selepas, hasilnya:


So nampak tak disini, bulatan pada Spot Removal tu kadang2 tak sesuai, especially bila subjek besar atau panjang atau tiada kawasan yg sesuai utk di-copy-paste. Maka instead of guna bulatan tu, kita lukis ikut rupabentuk objek yg kita nak buang.

Utk tutorial rasmi, usha sini: Use the enhanced Spot Removal tool

Namun begitu, kalau Spot Removal dlm Adobe LR ni tak dpt memenuhi kehendak anda, bolehlah proceed kpd Stamp Clone dlm Adobe Photoshop.

Semoga bermanfaat.

Ejad Fotopoyo

No comments:

Post a Comment