Thursday, May 5, 2016

Chromatic Aberration

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua!

Long time no see. Even tho aku dah siap menulis tesis, itu baru first draft actually. Skrg tesis tu sedang disemak oleh supervisor. Insya Allah kalau semuanya ok, hujung bulan ni pre-viva, kemudian viva next semester dan hujung tahun ni boleh grad. Weeeee~

Anyway, lepas subuh tadi masa duk kemas2 folder, aku dpt ilham utk buat artikel ni. Actually dah lama plan nak buat cuma biasalah nggak ada masa. Skrg ada masa free sikit tu pasal boleh membebel.

So hari ni, aku akan bercerita pasal Chromatic Aberration.


Chromatic Aberration Tu Hape?

Chromatic Aberration (singkatan: CA), atau dikenali juga sebagai color fringing (pinggiran warna) atau purple fringing (pinggiran ungu), adalah masalah yg biasa berlaku apabila warna-warna dibiaskan (refracted) dengan tidak betul di dalam lens, menyebabkan ketidakpadanan pada titik fokus dan penggabungan warna yg tidak betul.

Senang cerita, bila warna tak bergabung dgn betul, ada warna yg terkeluar, atau lari, menjadikan wujud warna extra dalam gambar anda, especially pada kawasan tepian/pinggiran subjek. Usha gambar2 di bawah utk pemahaman lanjut. Perhatikan ada warna extra pada tepian subjek, mcm warna merah pada gambar bunga, dan warna ungu dan hijau pada logo Citroen.



Kalau korang nak baca psl ni dgn lebih detail dan technical, boleh lawat laman sesawang berikut:
  1. https://photographylife.com/what-is-chromatic-aberration
  2. http://digital-photography-school.com/chromatic-aberration-what-is-it-and-how-to-avoid-it/

Cara Mengelakkan Chromatic Abberation

Usually nasihat atau tips termudah utk mengelakkan CA adalah dgn menggunakan lens yg mahal dan berkualiti. Cuma masalahnya, CA mmg wujud dalam apa jua lens sekalipun. Cuma CA pada lens yg mahal mungkin tak seketara lens murah. Dan takkan la nak suruh korang spend ribu2 just utk lens yg kurang CA kan?

So nasihat atau tips terbaik bagi kita yg kurang berduit ni ialah, just gunakan lens yg sedia ada, tapi dalam masa yg sama, kita follow tips2 berikut:


Elakkan High Contrast Scene


High contrast scene dlm bahasa mudah bermaksud scene yg wujud perbezaan exposure yg ketara di antara subjek dan background/foreground, contohnya shoot landscape dgn matahari yg terang pada background, atau shoot portrait dgn backlight, atau shoot pokok/atap berlatarbelakangkan langit. 

So bila berdepan dgn keadaan ni, kalau korang jenis tak kisah dgn CA atau maybe CA tu tak jelas sgt melainkan lps zoom gambar, then just shoot tanpa rasa bersalah. Otherwise, reframe semula shot itu dgn menggunakan background yg tidak terlalu cerah berbanding subjek. Contohnya kalau shoot sunset, tunggu sampai matahari tu tak terlalu silau. Atau kalau shoot portrait dgn backlight, tukar background dgn backlight yg tak terlalu cerah (atau guna diffuser utk melembutkan backlight tersebut).

Semak Focal Length


Zoom lens, walaupun mudah digunakan kerana boleh zoom in dan zoom out sesuka hati, ada kelemahannya. Dalam setiap zoom lens, ada focal length tertentu yg paling ketara kecacatannya bila digunakan. Contohnya dalam sesetengah kitlens, focal length 18mm teruk kerana distortion dan 55mm teruk kerana gambar nampak terlalu soft. So kenalpasti serta semak focal length pada lens anda, adakah ianya menghasilkan CA atau tidak. 

Sehebat2 prime lens, dia pun tak dapat lari sepenuhnya drpd masalah CA ni. Teruskan membaca utk info lanjut.

Stop Down Aperture


CA atau purple fringing kebiasannya sangat ketara pada wide open aperture. Sbb tu prime lens yg hebat pun kadang2 tak dapat elak CA ni. Biasanya berlaku pada 50mm F1.4 lama2 yg kalau kita tgk hasil dia pada f/1.4, teruk bebeno, dgn soft, pastu CA lagi.

Maka jika gambar anda menunjukkan kesan CA yg ketara pada wide open aperture, stop down, iaitu kecilkan aperture. Katakan masa tu tgh guna f/1.8, stop down la kpd f/2.2 ke f/2.8 ke utk meningkatkan contrast sekaligus mengurangkan/menghilangkan kesan CA.

Reframe - Centering

Terdapat kes2 tertentu di mana CA lebih ketara pada hujung2 gambar. So instead of meletakkan subjek di tepi atau bucu gambar, reframe semula dan letakkan subjek di tengah.

Mungkin ada di antara anda yg plan nak shoot first crop later. Aku tak galakkan korang guna kaedah ni, sbb crop menyebabkan korang rugi megapixel, dan kalau cropping yg dibuat tu terlalu besar, gambar tu akan bermasalah bila nak print saiz besar.

So better utk reframe dan shoot elok2 drpd awal supaya saiz dan kualiti gambar terjaga.

Post-processing

Katakan la dah buat semua ni, dah ikut semua tips yg diberikan, tapi masih ada CA dalam gambar. Atau kita mmg terpaksa amik gambar begitu. So cara lain utk menghilangkan CA ialah melalui editing atau post processing.

Bagi yg menggunakan Adobe Lightroom, select gambar yg ada CA tu, zoom 100% utk imej yg lebih jelas, kemudian cari panel ni:


Make sure korang tick bahagian Remove Chromatic Abberation tu, dan kemudian mainlah dgn parameter Amount dan Purple Hue atau Green Hue tu. Korang main pada warna yg related dgn CA pada gambar korang. Contohnya kalau CA tu warna purple, korang usik parameter Purple Hue tu.

Bagi yg guna software lain, rajin2 la carik sendiri cara nak remove CA ye. 

Contoh sebelum dan selepas (klik gambar utk imej yg lebih besar):




Kalau lens korang tu menghasilkan CA yg sgt teruk, shoot dalam format RAW utk hasil editing yg lebih baik.

Bagi yg guna kamera memahal, sumtimes dalam Menu/Setting kamera tu ada option utk buang CA siap2. Check kamera serta user manual anda utk info lanjut. Biasanya bawah kategori Lens Correction.



Okeh. Tu je yg nak dibebelkan hari ini. Semoga bermanfaat.

Ejad Fotopoyo