Wednesday, September 2, 2015

Adobe Lightroom | Fake Autumn Leaves

Malam ni aku nak bebel psl editing. 

First of all, tgk gambar di bawah:


Gambar ni ditembak di Nami Island, South Korea. Waktu ni musim bunga mcm baru je nak habis. Sakura kaler putih pink apa semua dah gugur. Yang tinggal cuma red maple leaf je seperti gambar dibawah:


Anyway, seperti yg kita sedia maklum, negara Malaysia tercinta ni hanya ada 3 musim - panas, panas gile, dan hujan, dan musim ni tiada aturan. Dia boleh ikut sukati je bebila nak panas pastu kang tetibe hujan tapi still panas.

Mungkin ramai diantara kita yg cintakan gambar2 musim luruh (Autumn/Fall) di negara2 lain. Kaler daun yg kuning keemasan tu mmg memikat jiwa. Aku diantara pencinta musim luruh. Kalau boleh nak pegi merantau ke semua negara yg ada musim luruh ni.

Sbg contoh, berikut adalah gambar Nami Island sewaktu musim luruh:


Daun tak berapa nak hijau kan? Mostly kuning, oren, merah.

Dlm artikel kali ni, aku akan share secara ringkas, camne nak edit gambar jadi nampak ala2 autumn season. 

Kita start dgn gambar couple kat atas sekali tu.


Sebenarnya takde masalah apa pun gambar ni. Exposure ok, kaler cun, compo ok (eh puji gambar sendiri).

Cuma, editing memberi peluang kpd kita utk try-and-error serta belajar benda baru. Sebab tu kita digalakkan utk belajar editing, walaupun kekonon org lain kata "eleh kamera memahal pun edit gak", padahal nnt kalau shoot gambar dia, dia la yg beriya suruh kita edit kawah jerawat tu kasi licin.

Dlm artikel ni aku akan share cane nak meng-autumn-kan gambar ni. 

Utk bermain dgn kaler, kita akan banyak usik setting pada panel HSL, especially bahagian Hue. Secara asasnya HSL Panel ini telah dibincangkan di SINI.


Nampak tak ada simbol bulat kecik kat bawah tulisan Hue tu? Kalau halakan mouse kat situ nanti keluar dialog "Adjust Hue by dragging in the photo". Ha klik situ.


Lepas dah klik, halakan pointer mouse pada gambar, nanti korang akan nampak pointer mouse tu dah bertukar kpd bentuk yg sama dgn dlm bulatan merah tu.

Ok halakan pointer tu pada dauk pokok, seperti yg ditunjukkan dalam gambar. 


Klik mouse tu (normal left click), hold jgn lepas, sambil gerakkan mouse tu ke atas dan ke bawah, dan time tu korang akan nampak warna daun tu berubah, dan slider pada HSL Panel tu juga akan berubah mengikut warna yg wujud pada tempat yg kita point tu.

Perhatikan warna daun dah berubah kpd lebih kuning, dan HSL Panel juga menunjukkan perubahan pada slider Yellow dan Green.


Make sure pointer tadi tu tak usik kawasan daun merah. Sebab kalau kita point kat daun merah, dia akan kacau skintone muka, tgk contoh kalau kita point kat daun merah, jahanam skintone (perhatikan slider Red dan Orange juga telah berubah).


So incase berlaku keadaan camni, just reset balik Red dan Orange tu kpd 0. 

Anyway, so thats it utk gambar ni. Basically kita hanya perlu main dgn warna Yellow dan Green pada Hue. Kalau rasa nak adjust2 lagi, takyah guna pointer tu pun takpe, korang boleh gerakkan slider tu ke kiri/kanan sampai dapat warna yg korang nak.

Mcm biasa, I umbrella before and after:


Ok setel utk gambar ni. Jom proceed kat gambar lagi satu:


Sebenarnya utk gambar ni, prosesnya sama, dimana kita still akan main dgn warna Green dan/atau Yellow pada panel HSL. Perhatikan yg Hue utk Green pada gambar ni telah di-set kepada -100:


And then pada panel HSL juga, kita edit Saturation supaya kaler daun tu makin naik:


Ok dah siap. Sebenarnya ni takla nampak autumn sgt, kita perlu kerja lebih sikit utk kasi daun tu nampak lebih keemasan. So mungkin kita perlu main dgn Adjustment Brush, brush kawasan daun tu dan main WB atau Color utk hasil yg lebih kacak. Tu ikut kerajinan la. Aku tak rajin hehe.

Seperti biasa, berikut adalah hasil akhir editing kita:


Senang je kan? Hanya perlu main kat Hue je, pastu pandai2 la adjust parameter lain, ikut kreativiti dan kerajinan masing2.

Semoga bermanfaat.

Ejad Fotopoyo

No comments:

Post a Comment