Tuesday, December 30, 2014

Brand War | Edisi Bebel

slrlounge

Canon ke Nikon?
Nikon ke Canon?
Sony ke Canon?
Sony ke Nikon?
Nikon ke Samsung?
Samsung ke Olympus?
Olympus ke Pentax?

Ok dah. Ter over sikit. Jarang la ekceli orang tanya sampai camtu skali. 
Tapi mmg yg paling femes ialah "Canon ke Nikon?"

Tu baru bab DSLR. Kalau mirrorless plak:

NEX ke Fuji-X?
Fuji-X ke Olympus Micro Four Thirds?
Olympus Micro Four Thirds ke Samsung NX?

Dalam 2 artikel yg lepas, iaitu DSLR Brand War dan DSLR Brand War | Why So Serious?, aku dah tekankan yg cara nak bandingkan model mana yg terbaik ialah:
  1. Allocate budget
  2. Narrow down beberapa jenama/model yg kita boleh beli dgn bajet tersebut. Price boleh diusha di kedai atau online melalui mudah, lelong dan shashinki serta lain-lain website
  3. Google spec segala model yg anda nak dan bandingkan mana terbaik. Terbaik dlm ertikata mengikut kegunaan anda la. 
  4. Atau anda pegi kedai dan test sendiri model yg anda nak beli tu
  5. Dah test? Puas hati? Beli yang itu.

Simple giler punya instruction. Tapi masih ramai yg keliru dan takut kalau-kalau tersalah beli kamera.

Kepada anda yg takut sangat tersalah beli tu, mohon baca bebelan aku kat bawah ni.

Ada member yg main kamera? Ada member yg anda target nak mintak tunjuk ajar dia?
Ha beli sama jenama dgn dia, senang. 
Kalau ada bajet, beli sebijik kamera mcm dia, supaya lagi senang dia nak ajar.

Takde member yg main kamera? 
Lagi senang. Beli je apa-apa yg anda suka.
Nampak Canon 1200D lawa dan best? Ok beli yang tu.
Nampak Nikon D7100 lagi best? Mampu beli? Ok beli yang tu.

"Ala nanti kalau tersalah beli nanti cane?"

Percayalah, anda takkan tersalah beli.
Sbb whatever model yg anda beli, ia tetap kamera.

Bila amek gambar, akan keluar gambar. Semua kamera camtu. 
Takde keje kalau guna kamera Canon nanti keluar Optimus Prime pastu guna Nikon nanti keluar Grimlock.

Salah beli tu contohnya kalau anda nak DSLR yg ada video, tapi anda terbeli yg takde video.
Atau anda nak yg ada 12MP, tapi anda terbeli yg 10MP je.
Well, salah sendiri kan. Dah cakap dah suruh google spec atau test dulu kat kedai before beli.

Kalau mmg dah terbeli, nak buat camne, guna je la. Atau jual, tapi rugi la sbb bila jual, kamera anda dah jatuh harga, walaupun tak penah pakai atau baru pakai kejap. So better guna je.

Atau, anda beli Canon, tengok-tengok member lain semua pakai Nikon.
Kisah apa. Sama je. Kamera jugak. Kedudukan button dan interface menu je lain. Purpose dia sama - untuk amek gambar gak. 

Takut kamera yg anda beli tu produce gambar yg tak lawa?

99% adalah salah sendiri. 1% mungkin mmg salah kamera, sbb ada isu dgn firmware ke, sensor kotor ke apa ke, tapi hakikatnya gambar tak lawa dihasilkan oleh jurufoto itu sendiri. Kalau tak caye, google je psl kamera anda, tgk contoh-contoh gambar yg org lain shoot guna kamera yg sama.

Takut kamera tu susah nak guna?

Otai, atau professional, hebat mana pun dia, bila dah pegang kamera baru, dia sendiri pun akan amek masa nak sesuaikan diri dgn menu, button apa semua. So ia bukan sbb kamera. Andalah yg kena rajin explore button menu semua tu sendiri dgn membelek user manual. Kamera Nikon ke Canon ke Pentax ke semua camtu.

So pendek kata la kan, toksah la duk pening sangat. Srkg ni pun semua kamera dah hebat giler walaupun entry level. Andai kata anda tersalah beli jenama pun, di tangan anda tu adalah kamera yg hebat.

Apa saja kamera yg korang ada, sama ada beli baru, 2nd, tersalah beli, member bagi, awek hadiahkan ke apa ke, gunakan sebaiknya.

Ejad Fotopoyo

No comments:

Post a Comment