Tuesday, February 4, 2014

Night Photography for Analogue Photographer


Assalamualaikum & Salam Sejahtera kawan-kawan semua~

Di hari Selasa yg mulia ini, izinkan daku membebel sedikit tips ringkas mengenai night photography, khususnya kpd pengguna kamera filem.

Utk pengguna kamera digital, boleh baca artikel ni: Night Landscape Photography

Nikon F90 | AF 50mm F1.8D | Kodak Supra 400 expired


PENDAHULUAN

Ok, first of all, kenapa perlunya artikel yg berasingan, satu utk digital, satu utk filem? Bukan ke digital ke filem ke exposure setting nya sama je?

Yup, sama. Here's why:

Kalau korang biasa shoot gambar malam, korang mesti tau, bahawa shutter speed yg diperlukan biasanya lama, drpd 1 saat sehingga kadang-kadang mencecah 3 minit.

Bagi digital photographer, shutter speed yg lama begini bukan isu, especially jika shutter speed tu di antara 1 saat hingga 30 saat, kerana setting bagi bacaan ini ada pada kamera korang.

So, korang boleh simply pacak kamera atas tripod, ISO200, aperture f/11, pastu pilih shutter speed ikut exposure meter sampai indicator tu berada di tengah-tengah, then korang boleh shoot.

Tapi, kamera filem yg lama-lama, mechanical khasnya, kebanyakannya tidak mempunyai setting shutter speed yg lebih lama drpd 1 saat. Rujuk gambar dibawah:

Shutter speed pada Nikon FM

Shutter speed pada Pentax K1000

Maka, apabila korang nak amek gambar malam, kamera tak boleh bagi bacaan shutter speed yg tepat, kerana bacaan yg lebih rendah drpd 1 saat tak wujud.

Dlm ertikata lain, kalau korang nak main dgn bacaan shutter speed yg lebih rendah drpd 1 saat, korang terpaksa la pakai Bulb.

Isunya - berapa lama nak kena tekan shutter tu? It's not like korang boleh main agak (unless korang terer dan lucky la kan).

So artikel disini akan membincangkan macam mana cara korang nak meter exposure utk gambar malam, bagi mendapatkan bacaan shutter speed yg tepat atau hampir tepat, supaya bila korang pakai mode Bulb tu, korang tau berapa lama korang nak tekan butang shutter tu.

Sebelum korang proceed kpd tips di bawah, dinasihatkan supaya korang ada asas yg kukuh mengenai exposure triangle, iaitu ISOaperture dan shutter speed. Sape tau psl stops lagi bagus.


TOOLS & EQUIPMENT



Sebelum ghairah nak keluar g mengeshoot, make sure korang ada barang-barang berikut:
  1. Tripod
  2. Shutter release cable (refer gambar di atas)
  3. Filem ber-ISO rendah, serendah mungkin, around 50-200. Paling tinggi pun 400 dah cukup, jgn tinggi lagi dah
  4. Kamera & lens. Sukati la nak pakai lens apa, janji kena dgn citarasa framing korang. Mcm biasa, nak hasil terbaik, pakai prime lens
  5. Star filter utk sunstars effect. Ni optional je la tapi. Kalau takde pun takpe, sbb sunstars boleh dihasilkan dgn penggunaan aperture kecik.


MAIN TEKA TEKI

Bagi yg mmg selamber, atau yg dah berpengalaman, sumtimes dia tak perlukan tips mcm yg aku bebel kat bawah ni. Diorang boleh selamber guess the exposure. Not surprising, sbb aku ada la kenal otai-otai yg mmg selamber boleh setting exposure based on experiences... and luck.

Namun tu bukan tujuan utama aku membebel panjang-panjang dlm artikel ni. Aku nak share tips, bkn nak suruh korang main teka, so dipersilakan utk terus membaca bebelan di bawah...


DIGITAL CAMERA / LIGHT METER / LIGHT METER APPS

Sumber: Lightmeter App

Ni cara paling mudah.

Bring your digital camera, preferably yg ada mode Manual, contoh mcm high end compact, atau DSLR, atau mungkin apps light meter pada smartphone anda, atau light meter bagi yg reti guna.

Make sure setting semua sama, especially pada metering mode. Kalau kamera korang tu pakai Spot Metering, set Spot Metering pada equipment digital anda.

Contoh, katakan korang tgh pakai filem ISO200, pastu nak pakai aperture f/8, so dgn equipment digital yg korang ada, korang set la pada equipment tu ISO200, f/8, halakan pada subjek yg korang nak snap dan tgk berapa bacaan shutter speed yg ia bagi.

Katakan dia bagi 13 saat, so masa shoot pakai kamera filem tu nanti, pakai mode Bulb, focus pada subjek, then cucuk shutter release cable tu pada shutter button, tekanlah selama 13 saat. Pandai-pandai la timing, kira ke, set timer kat phone ke, jam ke.


STOPS ADJUSTMENT

Ok, be prepared utk jadi pening. Sebab cara ni melibatkan nombor dan sedikit kiraan matematik.

Katakan la korang mmg analogue photographer tegar, takde atau tak bawak kamera digital, tapi barang-barang nak shoot semua lengkap, tapi degil nak shoot jugak.

Maka disini kita akan bermain dgn stops. Bab ni maybe payah sikit, tapi aku akan try explain sebaik mungkin.

Setiap kiraan bagi shutter speed, aperture dan ISO dipisahkan dgn jarak 1/3, 1/2 dan 1-stop. Boleh rujuk artikel Divisyen Stops utk pemahaman lanjut.

Tapi utk kebanyakan kamera filem, jarak stop yg wujud hanyalah 1 stop. Maka, aku akan ringkaskan tips dlm artikel ni dgn merujuk hanya kpd jarak 1 stop.

Jadual di bawah adalah berkenaan semua bacaan shutter speed, aperture dan ISO pd jarak 1-stop:


Ok, so sekarang kita akan start cara nak meter shutter speed pada mechanical film camera:
  1. Pacak kamera atas tripod
  2. Set ISO pada kamera anda kpd bacaan tertinggi yg ada, contoh ISO3200.
  3. Set aperture pada bukaan paling besar (f/angka paling kecil), contoh f/2.8.
  4. Focus dan frame pada gambar yg korang nak amek.
  5. Adjust shutter speed sambil perhatikan jarum exposure atau LED yg blinking dlm viewfinder korang
  6. Adjust shutter speed tu sampai jarum exposure tu stay di tengah-tengah, atau LED tu menyala di tengah-tengah utk mendapatkan bacaan exposure yg ideal. Kalau korang nak over atau under-kan sikit gambar tu, bagi jarum atau LED tu berada di bawah/atas.
  7. Sekarang, usha bacaan shutter tadi. Jangan snap. Hafal, atau catat di mana-mana bacaan tersebut.
  8. Lepas tu compare bacaan ISO3200 tu dgn ISO sebenar filem yg sedang anda guna. 
  9. Kemudian compare pulak bacaan aperture f/2.8 tu dgn aperture yg anda nak guna. 
  10. Jumlahkan jarak stops bagi kedua-dua bacaan tu, and then apply pada shutter speed, maka anda akan dpt bacaan shutter speed yg sesuai berdasarkan ISO dan aperture yg anda nak guna utk shoot gambar tersebut.
  11. Set semula ISO mengikut ISO filem anda, aperture mengikut bukaan berapa yg anda nak pakai.
  12. Pakai mode Bulb, dan tekan butang shutter tu ikut bacaan shutter speed yg baru.

Ok ok aku tau korang mungkin pening. Atas tu detail punya steps.  Sekarang aku try explain cara lain plak.

Let say, korang tgh pakai filem Fujifilm Superia 200 yg ber-ISO200, dan korang nak pakai aperture f/11 sbb nak efek sunstars pada lampu-lampu bangunan dan sharpness yg optimum.

Tapi masa proses exposure metering, demi mendapatkan bacaan shutter speed, korang pun set kamera kpd ISO3200 dan aperture kpd f/2.8, seolah-olah mcm korang mmg tgh pakai filem ISO3200 dan nak shoot guna aperture f/2.8.

Lps dah set ISO3200 dan f/2.8, katakan kamera bagi bacaan shutter speed 1/60".

Korang takleh pakai bacaan 1/60" ni utk shoot, sbb ni bacaan utk ISO3200, nanti gambar korang akan underexpose.
Dan korang bukan nak shoot guna f/2.8, korang nak guna f/11.

So apa yg kita akan buat ialah:
  1. kira berapa jarak stops drpd ISO3200 kpd ISO filem kita iaitu ISO200, 
  2. kira berapa jarak stops drpd f/2.8 kpd f/11,
  3. jumlahkan jarak stops bagi kedua-dua tu dan apply kpd shutter speed 1/60" tadi utk mendapatkan bacaan shutter speed yg sebenar 

Berpandukan kira-kira dlm jadual di atas, kita akan dapati:
  • ISO3200 --> ISO1600 --> ISO800 --> ISO400 --> ISO200 = 4 stops
  • f/2.8 --> f/4 --> f/5.6 --> f/8 --> f/11 = 4 stops
  • Total = 8 stops
  • Apply 8 stops ni pada bacaan shutter speed 1/60" tadi, menjadikan ia 4" (refer pada jadual di atas, kira jarak stops drpd 1/60" sampai 4")

Maka, metering korang yg sebenar dgn filem ISO200 dan f/11 ialah dgn shutter speed 4 saat.

Atau, dalam gambarajah yg lebih mudah lagi:



So nampak tak apa yg berlaku kat sini?

Disebabkan kamera analog kita tak boleh meter exposure utk shutter speed yg lebih rendah drpd 1 saat, maka kita cuba carik bacaan shutter speed yg lebih laju dgn menganggap yg kita nak shoot gambar tu guna ISO tinggi dan aperture besar.

Lepas dah dapat bacaan shutter speed, kita ubah semua kpd setting sebenar yg kita nak guna dan kita adjust balik bacaan shutter speed tadi, berpandukan jumlah stops yg kita dah modify.

Yg ni sekadar contoh la. Sbb apa pun dia ikut ISO filem yg tgh korang pakai dan aperture yg korang nak guna. Lain ISO dan aperture, lain la kiraan stop dia, but basically mcm ni la caranya. Contoh lain kalau katakan korang nak pakai f/16 instead of f/11, total dia jadi 9 stops, menjadikan shutter speed drpd 1/60" bertukar kpd 8".

Teknik ni sama je mcm different exposure setting tapi dpt gambar yg sama cerah, mcm teknik Sunny-16, gambar yg exposure-nya sama dpt diperoleh walaupun berlainan setting seperti berikut:
  • ISO100   f/16   1/125"
  • ISO200   f/16   1/250"
  • ISO400   f/16   1/500"

Cara ini juga boleh di-apply kalau korang nak shoot light trail. Kalau light painting tu mmg takleh nak tolong, becoz ia betul-betul bergantung kpd berapa lama korang nak paint light tu.

Ok dah tu je yg aku boleh share. 

Kalau pening, try lah baca lagi sekali dan lagi sekali dan lagi sekali sampai paham. Kalau tak paham jugak comment je ka bawah ni, insya Allah aku try utk explain dgn lebih mudah lg. Cuma tak sure cane nak mudahkan lagi dah, sbb aku rasa explanation kat atas ni dah cukup padat.

Kpd analogue photographer khasnya, semoga bermanfaat!

Aku akhiri artikel ni dgn beberapa gambar malam yg aku snap guna kamera pilem.

Wassalam.

Ejad Fotopoyo

Nikon F90 | AF 50mm F1.8D | Kodak Supra 400 expired
Nikon F90 | Vivitar 19-35mm F3.5-4.5 | LOMO XPro Chrome 100
Nikon F90 | AF 35-70mm F3.5-4.5 | Fuji 400H
Ricohflex Model VII | Kodak TMAX 400 expired
Ricohflex Model VII | Kodak Potra 400VC expired
Pentax ME | SMC P-A 35-70mm F4 | LOMO CN100
Pentax ME | SMC P-A 35-70mm F4 | LOMO CN100
Ricoh KR-5III | SMC P-M 50mm F1.7 | Kodak Gold 400 expired
Ricoh KR-5III | Cosina 28-70mm F3.5-4.5 | Kodak EBX crossprocessed
Nikon F90 | Sigma 24-70mm F2.8 EX DG | Fuji 400H
Nikon F90 | Nikkor AF 35-70mm F3.5-4.5 | Fuji 400H

No comments:

Post a Comment