Sunday, February 16, 2014

Mirror Lens

Assalamualaikum & Salam Sejahtera wahai pembaca sekalian.

Harini aku nak share 1 info pendek kat korang, iaitu berkenaan mirror lens.


PENGENALAN

Lepas join photography sekian lama, atau lepas baca artikel Jenis-jenis Lensa, for sure korang dah mula kenal dgn UWA Lens, Telephoto Lens, Macro Lens, etc etc.

Dlm artikel kali ni, aku nak korang berkenalan dgn sejenis lens yg dinamakan sbg Mirror Lens.

Mirror Lens 500mm F8 | Sumber: advancedphototech

Mirror lens, atau dipanggil juga sebagai reflective lens, merupakan sejenis telephoto prime lens, iaitu lens yg mempunyai focal length yg tinggi (melebihi 100mm) tetapi dalam bentuk yg kecik dan compact, dgn harga yg jauh lebih murah drpd normal telephoto lens.

Zaman filem dulu, mirror lens ni agak femes kerana ia merupakan alternatif bagi mereka yg memerlukan telephoto lens dgn bajet yg rendah. Antara jenama yg femes ialah Nikon, Zeiss, Tamron Adaptall, Tokina, dan zaman sekarang yg masih dlm production - Samyang/Rokinon.


MIRROR LENS VS NORMAL LENS

Samyang 500mm F6.3 | Sumber: shashinki

Kenapa dipanggil mirror lens? Apa yg membezakannya dgn normal lens?

First, kita akan bincang perbezaan mereka dari sudut struktur binaan.

Sumber: thephoblographer

Dari segi fizikal luaran, korang akan nampak yg mirror lens ni kat kanta depan tu ada bulat kat tengah-tengah. Pastu dia agak pendek utk telephoto lens. Mirror lens 500mm lebih pendek dan kecik drpd normal lens 300mm.

Dari segi perbezaan binaan dalaman pulak, mereka berbeza dari segi penerimaan cahaya.

Dalam bahasa mudah, normal lens membenarkan cahaya dari luar masuk ke dalam lens dan straight kepada sensor digital/filem apabila gambar diambil.

Cahaya melalui normal lens | Sumber: videoschool

Namun utk mirror lens, terdapat cermin di dlm lens tersebut yg akan memantulkan cahaya yg masuk dari luar, kemudian pantulan itu dihalakan kpd sensor digital/filem. Benda ni teknikal so aku rasa mcm takyah explain detail sangat, tapi utk sesiapa yg nak tau lebih lanjut, boleh usha gambar di bawah atau gugel sendiri:

Cahaya melalui mirror lens | Sumber: photo.stackexchange

Cahaya melalui Mirror Lens | Sumber: cheesycam

HARGA

Utk perbandingan harga, korang usha sendiri berapa harga normal telephoto lens drpd Nikon, Canon, Pentax, Sigma dan Tamron kat Lelong ke FTZ ke Mudah ke Shashinki ke (senang cite usually ribu-ribu lemon la harga), lepas tu boleh compare dgn harga mirror lens Samyang ni:

Murah giler kan? Jauh beza harga mirror lens dgn normal lens utk focal length yg sama.


IMAGE QUALITY

So kenapa dia murah? Sbb dia punya IQ (Image Quality).

Good thing doesn't come cheap, cheap thing doesn't come good.

Mirror lens yg murah ni biasanya menghasilkan gambar yg memang sangat tak sharpener. Kekadang soft melampau-lampau. Sharpness terpaksa dinaikkan semasa editing/post-processing, dan gambar akan nampak pelik/cacat bila sharpness dinaikkan secara melampau.

Manual focus sahaja. Setakat yg aku tau, tiada mirror lens yg autofocus, kerana ia mmg dibina tanpa focusing motor. So toksah buang masa tanya aku "Boleh AF tak kalau pakai kat Nikon D90?"

Tambahan plak, dia punya aperture kecik, sekitar f/5.6~f/11 jika dibandingkan dgn telephoto lens yg f/2.8, f/4, so lowlight mmg out lah mirror lens ni. Sesuai utk outdoor je. Kalau zaman filem dulu, kena pakai filem yg mempunyai ISO400 dan ke atas utk pakai mirror lens ni, utk make sure dpt shutter speed yg tinggi supaya gambar tak blur. Remember, gambar lebih mudah utk blur dgn telephoto lens sbb focal length tinggi means zoom jauh, magnification pun tinggi.

Dah la kecik, pastu aperture dia fixed pulak tu. Means kalau contohnya lens tu 500mm F5.6, mmg bole pakai f/5.6 je, takleh kecikkan kpd f/8 ke f/22 ke. So anda mmg takleh control keluasan Depth of Field, kecuali dgn mengawal jarak diantara anda dgn subjek.

So disebalik kelemahan yg agak banyak ni, kenapa orang beli dan guna Mirror Lens?

Sumber: thephotoforum

Sebab utama - murah

Mereka yg dikalangan sports, atau wildlife, atau bird photographer, atau sesape je la yg suka main telephoto lens, tp tak mampu nak beli telephoto lens yg mahal, mereka akan gunakan mirror lens ni, dan shoot di bawah cahaya matahari yg terik.

Sumber: photocamel
Sumber: ephotozine

Dan 1 lg yg akan beli ialah - yg sukakan bokeh berbentuk donut. Yes, exactly, donut. Boleh usha gambar yg dikongsi dlm artikel ni dgn teliti.

Sumber: bobatkins

Model of the Year
Canon 5D Mark II & Mirror Lens 300mm F5.6
Foto oleh Mike Dukemane

Tanak cerita panjang, nnt pening, tapi ringkasnya, cermin yg wujud dlm mirror lens tu akan menyebabkan bahagian yg out of focus menjadi bentuk donut.


KESIMPULAN

So, selepas diperkenalkan dgn lens yg bernama mirror lens ni, op kos wujud persoalan - berbaloi ke lens ni? Memang la murah tapi hasil mcm tak best je. Tak sharp, pastu aperture takleh adjust, pastu manual focus, pastu bokeh pelik, pastu blablabla yadayada~

Yes, mmg dia manual focus.
Yes, bokeh dia huduh, sebab berbentuk donut yg nampak sangat tak menyelerakan.
Yes, tiada autofocus, so slow bila amek gambar.

Disebalik 1001 sebab yg melarang anda membeli lens mirror ini, ada beberapa jurufoto yg tak pernah amek kisah dgn gambar tak berapa nak sharp, tak berapa kisah dgn manual focus dan tak berapa kisah bokeh tu bentuk apa, janji boleh amek gambar burung tengah bertelur di atas pokok.

Lagi satu, ikut luck, kekadang ada je mirror lens yg produce gambar sharp. Kena tengok jugak skill, guna handheld atau guna monopod/tripod, mirror lockup atau tidak, etc etc.

Maka, senang cerita - tepuk dada, tanya selera. Setiap lens ada kelebihan dan kekurangan. Its up to us utk pandai-pandai aplikasikan kelebihan atau kekurangan lens tersebut, bergantung kpd kreativiti, genre photography, dan sebagainya.

Akhir kata, sorry aku takdak koleksi gambar-gambar dari mirror lens, kecuali gambar sendiri kat atas tu, tu pun member yg shoot, so jika anda berminat nak usha hasil drpd mirror lens, boleh usha group Mirror Reflex Lens dan nilai sendiri, adakah lens ini sesuai utk kehendak dan keperluan anda :)

Semoga bermanfaat.

Ejad Fotopoyo
10:17pm | 26 Feb 2014

No comments:

Post a Comment