Friday, June 21, 2013

Composition | Reflection

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Pada hari Jumaat yg merupakan penghulu segala hari ni, aku nak share 1 info ringkas, iaitu mengenai komposisi yg berbentuk Reflection.


Dlm bahasa dan pemahaman mudah, reflection photography ialah sebuah genre dlm photography yg melibatkan gambar-gambar berbentuk pantulan.


Jenis subjek tidak terhad - nak pantulkan orang ke bangunan ke lalat tgh mengawan ke semua boleh.

Jenis pantulan pulak tak kisah - drpd air kolam ke laut ke sungai ke tasik ke, drpd cermin ke, drpd lantai ke, semua boleh, janji dlm gambar tu ada subjek, dan imej pantulannya.


Tips Mengambil Gambar Reflection


Aku selalu sgt dpt soalan psl reflection ni.
Seriously, amik gambar reflection ni sgt mudah.

Syarat utama dia 1 je - reflection mesti wujud on the first place.

Nak amik gambar reflection? Tengok dgn mata kepala anda sendiri, nampak tak reflection bagi subjek yg anda nak shoot tu?


Kalau dari mata anda, anda nampak ada reflection, maka adalah reflection, so amiklah gambar.
Kalau katakan time tu air tgh berkocak, atau cermin/lantai kotor, menyebabkan reflection tak clear, maka tak clear lah reflection tu.

Semudah itu.


Psl setting ISO, Shutter Speed, Aperture, Metering Mode apa semua tu tiada kena mengena secara langsung. Kalau dah mmg time tu takde reflection, takyah bother nak set Shutter Speed kpd value tertentu, sbb mmg anda takkan dpt reflection.

Of coz setting ISO akan menjadikan gambar anda noise atau sebaliknya, Shutter Speed yg perlahan akan menampakkan kelembutan reflection, dan setting Aperture yg optimum akan menjadikan gambar reflection anda menjadi sharp dan jelas dgn depth of field yg luas. Dan kombinasi ketiga-tiga elemen ni akan menjadikan gambar anda ideal, under atau overexpose.


Namun diingatkan sekali lagi - reflection mesti wujud on the first place. Kerana reflection bukanlah suatu efek yg boleh diperoleh dgn setting tertentu pd kamera.



Tgk contoh beberapa gambar reflection yg kurang/tak menjadi. Bukan sbb salah setting ke hape ke, tp sbb time tu mmg air tak berapa nak tenang:




So boleh paham eh kwn-kwn sekalian? Simple je cara nak amik gambar reflection ni. Janji ada reflection, pakailah kamera jenis apa pun, akan dptlah gambar reflection. Takyah pening kepala dgn setting bagai.

Utk gambar reflection yg lebih kacak, boleh usha:
  1. 100 Remarkable Examples Of Reflection Photography
  2. 100+ Creative Examples of Reflections in Photography
  3. 50 Stunning Examples Of Reflective Photography
  4. Some Of The Best Reflection Photography You’ll Ever See

Selamat menunaikan solat Fardhu Jumaat.
Hati-hati dgn keadaan cuaca yg berjerebu ni. Pakai mask dan kurangkan aktiviti luar.

Semoga bermanfaat :)

Ejad Fotopoyo

No comments:

Post a Comment