Thursday, January 3, 2013

Kamera Filem = LOMO?

Sumber: eiffelissa

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kpd pakcik makcik, abang kakak adik, serta tak lupa kpd gadis-gadis comel mcm Natalie Portman yg mengikuti perkembangan blog yg sungguh poyo tak terperi ni.

Malam ni aku terasa mcm berminat nak membincangkan isu kamera filem, atau dipanggil juga sbg kamera analog serta kamera lomo, secara ringkas.


1. Apa itu Lomography?

Mengikut laman web rasmi, Lomography merupakan majalah, kedai/kiosk atau lebih tepat lagi, ia merupakan sebuah komuniti yg khusus dalam memperkenal serta memperjuangkan analogue photography.

Info lanjut: Lomo > About

Dalam pendapat lain, Lomo ni sebenarnya merupakan sebuah brand (jenama), sama seperti Canon, Nikon, Pentax, Sony dan lain-lain. Contoh kalau kita sebut Canon 1100D, utk lomo pun kita boleh sebut Lomo Fisheye.


2. Asal Usul Lomography?

Aku tak berminat nak discuss panjang pasal sejarah ni (sebab aku tak minat sejarah). Maka kalau korang rasa nak baca, sila klik link berikut:


3. Contoh kamera Lomo?

Produk-produk lomography merangkumi kamera, filem, aksesori serta merchandise seperti keychain, album etc etc.

Basically apa yg Lomography buat ialah mereka refurbish (membaikpulih) toycam lama dan kemudian menjualnya kembali dgn nama Lomo.

Camera: LC-A, Fisheye, Belair, Lomokino, La Sardina etc etc
Film: Apa-apa filem yg dihadapannya ada word "lomo", contoh Lomography Redscale 100, Lomography Earl Grey B&W 100

Info lanjut: Lomo Asia Shop


4. Best ke kamera Lomo ni?

Bagi menjawab soalan ni, anda perlu faham karakter sesebuah kamera lomo tersebut.
Kebanyakkan kamera lomo ni menggunakan lens plastik, body plastik, fixed shutter speed/aperture dan viewfinder yg tak boleh dipercayai. Maka jwpn bg soalan ini ialah:

Best bagi mereka yg:
  • suka point & shoot camera 
  • suka efek yg dihasilkan (vignette, soft, sprocket etc etc)
  • suka shoot mengikut Golden Rules
  • suka dgn design toycam yg mmg kelihatan sgt toy-ish
  • nak main kamera filem suka-suka je, tanak serius sgt dlm photography

Tak best bg mereka yg:
  • teliti dlm mengambil suatu gambar dan gemarkan manual setting
  • tak suka main filem
  • sukakan hasil yg sharp
  • gemarkan 'feel' berat dan besi kamera SLR 



5. Dimana saya boleh beli kamera Lomo?

Rujuk link berikut: (sumber: Lomorangers)
  1. The *Click* Shop
  2. Photo Craft
  3. Yes2film
  4. MyLomo+
  5. Lomo On
  6. Lomo Polaroid
  7. Analogue Kaki
  8. Let'slovelomo Lomo
  9. Lomo-Crewz
  10. Les Deux
  11. LomoXpose
  12. The Shutter
  13. Rewind Store
  14. Jimm's Ancient Crib
  15. Is Not A Toy

6. Saya nak berkenalan dgn geng-geng Lomo. Tau link facebook diorang?

Byk group yg wujud kat facebook berkenaan lomo ni, tapi aku cuma aktif kat 1 group je: The Lomorangers


7. Tak minat dgn kamera filem, tapi suka dgn efek lomo. Ada jual tak kamera digital lomo?

Ada, tapi kamera tu bukan drpd lomography. Lomography tak pernah cipta kamera digital becoz nama lomography tu sendiri merujuk kpd komuniti analogue (film).

Kamera digital lomo yg wujud skrg ni cuma sebuah kamera digital yg dicipta oleh manufacturer lain yg ada built-in preset/effect di dalamnya seperti efek yg anda akan dpt dgn kamera lomo, contohnya seperti vignette, soft focus.

Selain itu, apps seperti Camera360, Instagram dan lain-lain juga ada built-in effect seperti ini.

Tapi itu tidak menjadikan kamera-kamera seperti ini sama dgn Lomo. Mereka mcm seolah-olah menumpang populariti lomo bg melariskan penjualan produk mereka.

Selain kamera, ada software yg membenarkan kita edit gambar supaya hasilnya menjadi lomo-ish, seperti Adobe Lightroom, Photoscape, Picasa etc etc.


8. Adakah semua kamera filem itu kamera lomo?

Tidak sama sekali. Seperti yg aku dah explain kat atas, Lomo ialah brand.

Semua kamera yg dijual oleh Lomography ialah kamera filem.
Tapi tak semua kamera filem yg wujud itu drpd Lomography.

Put it this way - aku pakai kamera SLR, Pentax ME Super.
Jenama: Pentax, model: ME Super.

Kalau kamera aku tu kamera lomo, dia jadik Lomo Pentax ME Super, gitu?

Maka jgn salah faham.

Fenomena ini wujud disebabkan jenama dan komuniti lomography sudah berkembang pesat sehingga pengguna menganggap kesemua kamera filem yg wujud itu ialah kamera lomo. Which is a good thing for them sbb jenama lomo semakin popular, tapi membuatkan oldtimer bengkek la. Pakai Hasselblad 500cm, mahal kemain, brand gempak giler, tetibe disamakan dgn lomo yg majority kamera plastik. Hihi.

Dia sama je mcm maggi dan colgate.
Kita pegi kedai, cakap kat mak nak beli megi, tapi kita beli mamee, atau ruski.
Beli darlie, tapi cakap beli colgate.
Minum cola jenama kampung yg botol kaca tu tapi cakap minum coke.

Same goes to lens as well. Lens tu manual, doesn't make them lomo. Lens lomo diperbuat drpd plastik - sama mcm kamera diorang, jadi jgn disamakan dgn lens Nikon, Canon, Pentax etc etc yg kaca besi berat tu.

Sama jugak mcm filem. Org panggil filem tu kodak. Kodak ialah jenama filem, sama mcm Fujifilm, Ilford, Agfa dan lain-lain. Tapi asal pakai filem je, orang akan tanya "Kamera ni pakai kodak eh?" walaupun istilah yg sebenarnya ialah "Kamera ni pakai filem eh?"

So again, jgn salah faham. Memang kesemua kamera lomo itu ialah kamera filem, tapi bukan semua kamera filem itu ialah kamera lomo.

Maka dgn itu, sekian dulu perkongsian mengenai Lomo malam ni.
Kalau ada fakta di atas yg salah, mohon otai Lomo beritahu dan aku akan betulkan.

Wassalam

Ejad Fotopoyo

No comments:

Post a Comment