Sunday, December 9, 2012

Autofocus Rosak?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Artikel ini boleh dikatakan sbg kesinambungan kpd artikel Memilih Titik Fokus, kerana ia berkaitan juga dgn autofocus.

Sumtimes kamera tak dpt fokus dgn betul. Kita fokus kat subjek depan, tapi kamera fokus kat belakang.
Atau kadang-kadang kamera focus hunting - dia duk fokus ke depan ke belakang je dgn bunyik zzzz zzzzz tapi tak dpt jugak nak fokus pada subjek yg kita nak.

So kat sini aku nak share skit kenapa perkara sebegini boleh berlaku.

First of all, kita kena paham, just because mata kita nampak dan boleh fokus, tak semestinya kamera kita sebegitu. Benda ciptaan manusia ni mmg byk kelemahan, sbb tu fungsi autofocus ni sering diperbaiki dan diperbaharui dari masa ke semasa. Kamera baru lebih cepat autofocus berbanding kamera lama.
Namun hebat mana pun fungsi autofocus, mata kita yg dicipta oleh yang Maha Mencipta tu lebih hebat of coz :)

Ok jom proceed kpd masalah utama dlm artikel kali ni - kenapa sumtimes kamera kita tak dpt fokus dgn betul?


1. Low Light

Contoh gambar low light yg ditangkap tanpa penggunaan flash

Kamera mmg susah nak autofocus bila keadaan cahaya terlalu gelap. Dalam ertikata lain, apabila keadaan cahaya disitu penuh dgn benda hitam sbb terlalu gelap.

Situasi mcm ni biasa berlaku bila main light painting, atau night landscape photography.

Solution: suluh subjek dgn sumber cahaya yg sedia ada, torchlight misalnya, kemudian fokus. Kalau masih susah, gunakan manual focus. Atau, dlm menu kamera ada option mcm AF Assist Lamp, dimana jika subjek terlalu gelap, ada lampu mcm torchlight drpd kamera akan menyala-nyala utk membantu kamera fokus. Baca user manual utk cari psl ni.


2. Too Bright


Contoh utk Too Bright: apabila mengambil gambar matahari secara direct.

Bukan low light je, kadang-kadang 'too much' light pun payah gak. Contoh mcm kita amik gambar mengadap matahari, atau spotlight atau lampu yg terang. Contoh lain ialah bila nak amik gambar silhouette, sbb kita mengadap langit yg cerah.

Solution: manual focus atau carik subjek lain yg ada texture dan fokus disitu.


3. Salah Titik Fokus

Sumber: achieving-better-focus-and-sharpness-in-your-images

Kadang-kadang tak perasan, titik fokus kita di tengah, tapi subjek kita di kedudukan rule of third belah kiri, kita pun half press, tgk-tgk kamera fokus kat belakang.

So just make sure yg kita memilih titik fokus yg betul, iaitu yg bertindih dgn subjek yg ingin kita fokus.


4. Plain Subject

Plain subject ni bermaksud bila subjek yg kita fokus tu rata, 1 warna, tiada texture.
Contoh mudah, try amik gambar sehelai kertas putih, confirm anda akan mengalami masalah autofocus.

Kalau shoot gambar portrait misalnya, masalah ni berlaku kalau titik fokus kita jatuh kat pipi yg licin. Sbb tu bila shoot portrait, fokus pada mata. Kalau langit pulak, bila kita fokus kat langit yg mmg putih semata-mata, takde texture awan.


Solution: mudah je, pastikan kita fokus pada bahagian yg ada texture, atau shape/curve, contrast. Contoh kalau tgh amik gambar langit, jgn fokus pada langit yg kosong, tapi fokus pada kepulan awan, sbb kepulan awan tu ada shape dan curve.


5. Jaga Jarak Fokusing (Focusing Distance)

Kamera tak dpt fokus jika subjek terlalu dekat. Mohon baca artikel MFD utk pemahaman lanjut.


Solution: kenalpasti MFD utk lens anda dan pastikan jarak fokusing sama atau lebih panjang drpd MFD tersebut.


6. Back/Front Focus

Kita fokus depan, tapi subjek belakang yg sharp. Atau sebaliknya.
Ada certain camera boleh repair keadaan ni, mostly semi pro dan high end camera.

Namun utk kepastian, bwklah lens korang ke pusat servis berdekatan utk inspection. Kalau lens tu mmg ada problem back/front focusing, maka lens korang perlu diservis dan di-calibrate semula.


Sekian artikel ringkas utk kali ni.

Ejad Fotopoyo

1 comment: