Thursday, August 2, 2012

MEMBEBEL - Salah Ke Edit Gambar Filem?

Assalamualaikum & Salam Sejahtera kpd pembaca blog poyoland sekalian.

Di malam yg panas ini, akan ku membebel satu topik yg seringkali hangat diperdebatkan di kalangan analogue photographers, iaitu "Salah ke edit gambar filem?"

Kalau google psl ni, bersepah discussion yg wujud kat flickr. Antara yg aku baca ialah Do you edit your film photos? dan Do you edit your scanned film in photoshop?

Ok, assume yg korang ni pakai kamera filem. Ni antara situasi yg mmg berlaku:
  1. Load film ke dlm kamera
  2. Shoot sampai habis filem
  3. Hantar filem pergi develop kat kedai atau develop sendiri
  4. Scan di kedai atau scan sendiri
  5. Upload

Disebabkan tiada editing process dan editing terms seperti photoshop picasa lightroom yg dpt dilihat dlm situasi di atas, maka hampir kesemua analogue shooters assume, bahawa tiada editing yg dibuat pada filem. Apa yg di-scan dan di-upload itu adalah hasil original.

Maka sbb itulah ada sesetengah analogue photographer yg mengganggap editing ni mcm "defeat the whole purpose of film". Contohnya editing ni merosakkan hasil original filem dan sebagainya.

Nak yg lebih drastik, sampai ada analogue photographer yg mengeji, mengutuk, membahan, memulau mereka-mereka yg edit gambar filem, seolah-olah mcm editing yg dilakukan pada filem itu 1 kesalahan, sambil dgn bangganya mereka berkata "Pakai filem takyah edit la. Tgk gambar-gambar aku, mana ada edit!"

Meh dengar bebelan aku psl editing ni.

========================================================================

Seperti yg dah aku discuss sebelum ni dlm artikel EDITING: Satu Kewajipan?, editing ni ada mcm-mcm sebab dan tujuan, dan reason paling famous ialah memperbaiki exposure iaitu brightness, contrast, level, curve etc etc. 

Usually dlm filem, editing yg berlaku adalah yg basics seperti yg diceritakan di atas.
Kalau dlm digital tu lain, sbb nak main tone, manipulation dan sebagainya.

Bezanya proses editing tu sendiri, dimana utk analog, editing biasanya dibuat dlm darkroom semasa proses developing serta semasa scanning utk printing, manakala digital menggunakan software (atau juga dipanggil digital darkroom).

Sorry to say, kalau la betul korang kata dgn bangganya yg korang tak edit langsung gambar filem korang, aku ckp terus terang, either korang menipu, hipokrit, atau korang mmg clueless tak tau pun editing tu hape benda sebenarnya.

From the moment korang scan gambar filem korang tu, tak kisah la kedai scan ke scan sendiri ke, setiap software yg korang pakai tu telah edit gambar korang secara automatik, biasanya pada Autotone dan Sharpness.

Lps tu kalau korang kutuk sgt org yg edit gambar filem ni, aku cabar korang, pegi kedai, print gambar yg korang dah shoot drpd negative korang tu, ckp kat tokey kedai - JANGAN TOUCH UP LANGSUNG.
Nanti jgn la menyumpah tgk gambar korang penuh dgn dust calar bintik sana sini dgn kaler dull apa semua.

Editing tu mmg ada, mmg wujud. Even semasa resizing pun wujud editing pada sharpness sbb nak maintan gambar sharp walaupun saiz kecik/besar.

Kalau korang betul-betul kata mmg tak edit, tak pernah edit dan takkan edit gambar filem korang, might as well frame je negative korang tu. 

Shoot film ni susah, especially kalau korang develop kat kedai. Even kalau korang dpt perfect exposure pun, kedai buat taik masa develop, tak cantik jugak hasil gambar korang. So editing lah penyelamatnya.

Contoh, aku tak jaga sgt timing semasa develop filem Kodak 400TX, tgk apa jadi masa preview sebelum scan:


Namum dgn sedikit adjustment pada Level & Curve, aku dpt hasil yg seperti berikut:


So kalau takde editing ni, apa yg korang nmpk kat gambar asal? Masjid tu pun mcm malu-malu je nak muncul.

========================================================================

"So sebenarnya salah ke edit gambar filem ni?"

Sape cakap salah?
Korang curik gambar org lain utk di-edit pastu mengaku gambar sendiri ke?
Korang edit sampai jadikan gambar tu tak senonoh ke?
Korang masuk pertandingan analogue photography ke?

Kalau tak, then TAK SALAH.

"Tapi kan mcm defeat the whole purpose of film kalau edit-edit ni"

Sape nak judge korang bersalah kalau korang edit?
Fujifilm akan saman ke kalau korang edit filem Provia diorang jadi mcm Velvia?
Kodak akan saman ke kalau korang buat filem Ultramax diorang jadi mcm EBX?
Filem akan jadi jahanam/meletup ke? Dunia akan kiamat ke bila korang edit?

No right?

So takde isu disini. Edit lah sesuka hati korang tanpa rasa bersalah. Your camera, your film, your negative, your photo.

Ramai je photog yg shoot film, lepas scan tu dia touch up elok-elok kat photoshop, buang noise dust apa semua, especially yg bekerja di bahagian commercial dan fashion. Ye la nak beli hasselblad digital mahal, so diorang shoot filem pastu edit bersih-bersih la utk dipaparkan dlm magazine.

Cuma ye lah, kalau korang edit sampai main tone bagai, bagi aku tu mmg agak tak sesuai la. Setiap filem dah ada tone masing-masing. Kalau nak tone Velvia, pakai la Velvia. Yang p beli Kodak Gold pastu edit jadik Velvia tu pasai pa?

Aku sendiri ada edit masa scanning, depends on gambar tu masa preview rupa dia camne. Itupun cuma minor adjustments pada contrast dan exposure. Takde keje aku nak edit sampai nak main tone bagai, baik shoot digital kalau camtu.

Kalau korang mmg jenis masa scan tu takde adjust contrast pe semua, ok fine, tapi jgn claim yg korang tak edit langsung. Tu mmg tipu.

So berbalik pada tajuk artikel - salah ke? Jwpn aku - NO, TAK SALAH.

PS - artikel ni bunyik mcm marah ea? Tapi aku tak marah pun ekceli. Saje taip cenggini :D

Ok dah sekian bebelan dari saya yg newbie. Ni cuma pendapat peribadi. Setuju tak setuju tu terpulanglah pada korang.

Wassalam,

Ejad Fotopoyo

4 comments:

  1. walaupun aku tak minat dan takde bakat dalam fotografi tp blog ko ni sgt la menyumbang info bg mereka mereka yg berada dlm bidang ni.explaination mantap weh.

    kalau tak edit masjid tu jd macam masjid halimunan..kekeke..

    ReplyDelete
  2. salam kenai ejad.. a ah la aku pon sokong Hanie.. even aku mmg takde bakat terpendam dalam bab fotografi mahupun editing bagai nih, tp blog ko ni mmg byk info yg bergune arrr psl fotografi & yg seangkatannye.. thumbs up arr ejad! ;)






    slm ramadhan,
    cik ana

    ReplyDelete
  3. salam...terbaek...aku pnah buat benda ni...tp x sorang punyg perasaan...haha...tapi aku kasi masok color skit ...sayabas...aku ingatkan aku sorang je buat mcm ni..hahaha

    ReplyDelete
  4. salam. aku shoot film. aku scan sndiri. so klu scan ni mmg kopem dh ade dust. so tpkase aku guna PS nk buang dust semua tu. gambar over pon aku edit jgk nak bagi lawa. hahaha

    ReplyDelete