Monday, July 16, 2012

TIPS - Memilih & Membeli Tripod

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Selamat menyambut hari Isnin y'all.
Di hari yg penuh kemendungan di Shah Alam ni, aku ingat nak berkongsi mengenai cara pemilihan tripod utk kamera kita, especially DSLR sbb dia berat.

Mungkin ada di antara kita yg memandang ringan pada gajet yg dipanggil tripod ni, ye la kan, sebab tak pakai sgt, sebulan sekali pun sgt jarang, pastu leceh nak bwk ke sana sini, berat, besar dan sebagainya.

Secara umumnya, tripod ni sgt penting dlm keadaan low light, iaitu apabila shutter speed terlalu rendah utk di-handle dgn tangan, maka disinilah tripod memainkan perasan penting utk memastikan kamera kita stabil.


PENDAHULUAN


Sumber: AlzoDigital

Seperti Membeli Lensa utk Kamera Anda, memilih tripod ni pun sama memeningkan jugak. Sebab byk giler brand dan model dan jenis dan harga yg ada di pasaran.

Maka untuk narrow down pemilihan kita supaya tak berapa nak pening, sila tanya diri sendiri dgn soalan-soalan berikut:
  • Berapa RM yg patut aku spend?
  • Berapa tinggi dia boleh memanjang?
  • Berapa ringan/berat yg dia boleh support?
  • Stabil kah?
  • Brand apa je yg ada di pasaran?
  • Penting sgt ke tripod ni utk aku? Aku byk shoot gambar suka-suka je pun.
  • Aku minat dgn landscape/portrait/sport or wat eva genre yg ada, aku perlukan tripod ke?
  • dan sebagainya...

Soalan-soalan mcm ni penting utk korang tau, penting atau tidak tripod ni utk korang miliki.


KENAPA TRIPOD DIPERLUKAN?

  1. Utk mendapatkan sharpness yg optimum dan Depth of Field yg luas dalam keadaan low light
  2. Utk meringankan beban bahu apabila kamera kita tersangatlah berat mengalahkan anak sendiri
  3. Utk mendapatkan imej yg cantik dgn ISO yg rendah
  4. Supaya kita dapat composition/framing yg cantik, sekata dan horizontal line yg straight
  5. Utk shoot gambar HDR dan panorama
  6. Utk gambar yg mmg memerlukan shutter speed yg rendah atau BULB seperti light painting/graffiti, light trail, night landscape, star trail etc etc
  7. Utk self portrait atau apa-apa gambar yg kita nak diri kita ada dalam gambar, bukan kita yg takde sbb busy amikkan gambar
  8. Extreme macro/close up
  9. Sbg aksesori utk memegang/menggantung flash, reflector, atau apa-apa lighting accessories
  10. Utk shoot gambar yg mana angle-nya agak mustahil utk dikendalikan dgn tangan (contoh: extreme low/high angle)
  11. Utk shoot video dgn lebih stabil
  12. Dan last skali - utk mempertahankan diri :D
 

SIAPAKAH YG MEMERLUKAN TRIPOD?

Kebiasaannya tripod sgt diperlukan oleh golongan jurufuto seperti berikut:
  1. Landscape photographer - HDR, panorama, long exposure
  2. Macro/close up photographer - DOF yg luas dlm keadaan low light
  3. Self-portrait photographer (mcm Sue Anna Joe), bukan mcm yg suka camwhore dgn duckface tu
  4. Sports/wildlife photographer - ok diorang tu more kpd penggunaan monopod
D2X & 18-55
f/8 | 4s | ISO100

K200D & 18-55
f/8 | 1s | ISO200

Tgk contoh gambar kat atas ni dan usha EXIF dia - kedua-dua gambar pakai shutter speed yg rendah yg mana even VR/IS pun tak akan dpt membantu korang dpt gambar yg sharp tanpa gegaran. Maka kalau korang suka dgn genre landscape mcm aku, tripod tu salah satu gajet wajib utk dimiliki.

Contoh-contoh gambar utk light painting boleh dilihat disini -  Light Painting & Light Graffiti


OK, SO CANE NAK MEMILIH TRIPOD?

First of all, aku nak korang consider - tripod ni walaupun kita jarang pakai, sila anggap dia mcm gajet yg sgt penting sampai tahap korang patut beli sekali seumur hidup je, pastu takyah upgrade dah.

Mmg at first korang ada body dan kitlens je. Tapi tak mustahil sooner or later korang akan tambah battery grip, lens panjang+berat mcm 70-200mm F2.8 yg aku tak paham kenapa semua newbie tergila-gilakan sgt tu, flash, pastu upgrade semi pro body yg lebih berat, then pro body plak.

Senang cerita, dari masa ke semasa, kamera korang akan makin berat.

Maka, sila abaikan tripod digieye atau apa-apa saja jenama yg korang dpt dari kedai masa korang beli kamera, atau yg korang pernah beli dgn range harga RM80~RM100. Biasanya tripod itu rupanya seperti berikut:

mu-43

Sebab apa aku suruh abaikan?

Tripod yg mcm dlm gambar ni kecik, plastik, ringan, tak cukup kuat apabila korang mula menambah berat kamera korang. Dgn tripod mcm ni, secara tak langsung menunjukkan korang jenis tak kisah dgn keselamatan kamera korang, sbb dia terlalu ringan, senang jatuh, so kalau dia jatuh sbb tak dpt menanggung berat kamera+grip+lens korang, tak ke sadis.

Tapi kalau korang mmg takkan upgrade langsung, then this tripod is gud enuff la.

Ni contoh tripod yg bagus, berat, diperbuat drpd aluminum atau carbon fibre:

Manfrotto TR190XDB+HD496RC2
Sumber: TR190XDB

Maka, secara ringkasnya, ini tips utk korang beli tripod:
  1. Spend dalam RM100 ke atas, lagi mahal lg bagus
  2. Beli brand yg mmg pakar dlm pembuatan tripod mcm Benro, Manfrotto, Jusino, Wei Feng dan sebagainya. Korang boleh rujuk sendiri jenama/model yg sesuai dgn bajet korang di laman Shashinki.
  3. Lihat pada specification tripod tersebut dan make sure ia mampu menanggung berat at least 4kg (keyword yg perlu diusha - MAX LOAD)
  4. Pergi ke kedai kamera dan try-test-cuba sendiri kestabilan dan keberatan tripod tu dgn memasang gajet terberat korang. Kalau ada lens 300mm F2.8, pasang kat body dan letak atas tripod. Cuba segala angle yg mungkin - low, high bla bla bla dan test betul-betul adakah ianya stabil
  5. Added feature - 2 in 1 iaitu monopod dlm tripod, removable ball head apa semua ni aku takkan explain, panjang dan leceh. Eventually korang akan paham sendiri benda-benda ni once korang menunjukkkan minat dalam tripod

Once korang dah beli tripod yg mahal dan berat/stabil, korang takyah pening nak upgrade dah bila kamera dan lens korang bertambah berat.

Kalau korang ada bajet RM400, aku nak recommend tripod yg aku tgh pakai skrg ni - Jusino AX-253:


Harga retail mengikut price Shashinki - RM355. Mungkin murah/mahal skit kalau beli dari forum atau kedai.

More detail boleh usha sini - Jusino AX-253 Black Professional Traveller Series 3-Sections Tripod

Aku suka giler tripod ni sebab:
  1. Max load 12kg
  2. Satu kaki boleh dicabut dan dijadikan monopod
  3. Ada mcm-mcm kaler. Aku punya kaler biru mcm dalam gambar tu
  4. Berat dan sgt stabil
  5. Boleh pakai ballhead Manfrotto

Tripod ni aku dah pakai dgn Nikon D2X dan Hasselblad 500c utk snap gambar-gambar berikut tanpa sebarang isu kestabilan:
  1. Floria 2012
  2. Bulan Penuh
  3. Sunset Tasik Shah Alam

That'all.

Semoga artikel ni dpt membantu korang memilih dan membeli tripod yg sesuai dgn bajet korang tu.

Tapi kalau korang rajin nak membaca lebih detail psl ballhead la apa la semua tu, boleh rujuk artikel How to Choose and Buy a Tripod for a DSLR Camera

Wassalam.

Ejad Fotopoyo

1 comment:

  1. Oh, tripod saya adalah percuma semasa beli kamera. Tak tgk pulak brand apa sbb tak prnah guna. Skrg ni jadi mainan budak2. Heeee. Lps ni kena belajar guna tripod sbb dah ada kan...

    ReplyDelete