Wednesday, July 25, 2012

White Balance

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

First of all, selamat berpuasa di bulan Ramadhan. Masuk hari Rabu 25 Julai 2012 ni dah 5 hari kita berpuasa. Semoga Allah memberi kekuatan kpd kita utk terus bertenaga melawan hawa nafsu supaya ibadah puasa kita lebih sempurna.

Di pagi rabu yg mengantuk ni, seperti yg dijanjikan (ek jap, ada eh aku janji?), aku akan share psl White Balance.

Pengenalan:
  1. White Balance, atau singkatannya WB, berkait rapat dgn konsep suhu warna (Color Temperature).
  2. Color temperature - cara mengukur kualiti sumber cahaya berdasarkan RGB (Red, Green, Blue).
  3. Diukur dlm unit degree Kelvin (K). Angka tinggi - warm, angka rendah - cool, sama mcm suhu jugak, suhu tinggi - panas, suhu rendah - sejuk
  4. Warm color jika ianya kemerahan
  5. Cool color jika ianya kebiruan


White Balancing

Proses di mana kamera calibrate sensor digital utk mendapatkan warna yg 'paling tepat' di bwh keadaan lighting yg berbeza-beza.

Bayangkan situasi berikut:
Situasi pertama:
Korang ada baju putih. Lepas dibasuh berkali-kali, baju putih tu akan mula jadi kekuningan.
Jadi utk bg dia putih balik, korang pun rendam dlm nila/bluing, iaitu sejenis cecair berwarna biru utk kasi baju tu putih balik. Selalu di-apply kat baju sekolah atau kemeja putih.
Situasi kedua (dipetik dari komik Hajime Kindaichi, vol 8: Santa Clause Janggut Merah):
Pentas lakonan mempunyai lampu pentas (spotlight) berwarna kuning. Lakonan memerlukan baju putih. Namun jika baju yg berwarna putih digunakan, ia akan jadi kuning disebabkan lampu tersebut. Maka baju yg berwarna sedikit kebiruan digunakan, supaya ia akan jadi putih, kesan drpd lampu kuning tadi.

Simply to say - white balancing adalah proses utk kita mendapatkan imej yg kelihatan putih di mata - juga kelihatan putih di dalam gambar.


2 situasi di atas adalah proses White Balancing sebenarnya, cuma bkn pada kamera la.


Zaman filem dulu, disebabkan setiap filem sudahpun mempunyai WB masing-masing, maka utk jurufoto mendapatkan warna yg diingini, mereka perlu gunakan warming/cooling filter (rujuk artikel Lens Filter).

Kira dlm situasi di atas, cecair bluing bertindak sbg cooling filter, dan lampu pentas sbg warming filter.

Zaman digital plak, proses white balancing bergantung kpd kecekapan sensor kamera dlm mendapatkan warna paling tepat melalui preset WB yg berikut: AWB, Daylight, Cloudy, Shade, Tungsten, Fluorescent, Flash dan Custom. Ada jugak preset, manual etc etc, tu aku takkan sentuh sbb leceh.



AUTO WHITE BALANCE (AWB)

Shot with Pentax K20D, AWB

Normally utk kita yg noob, malas dan nak cepat ni, kita akan pakai Auto WB, atau AWB.
AWB merupakan cara terpantas utk mendapatkan warna yg tepat di bwh keadaan cahaya yg natural, outdoor.

Namun apabila indoor yg kurang cahaya atau byk sgt sumber cahaya (lampu sana sini, mcm-mcm kaler plak tu), maka AWB akan menghasilkan warna yg tak menentu (color cast) - oren jadi merah, kuning jadi hijau etc etc. Situasi sebegini seringkali berlaku kalau korang amik gambar dlm dewan, time tgh dinner ke, dan tak pakai flash.

Maka apabila AWB tidak lagi reliable utk kita mendapatkan warna yg diingini, kita perlu la menggunakan preset selain drpd AWB seperti berikut:



Daylight | Flash | Cloudy | Shade 

WB yg sesuai utk outdoor. Makin ke kanan makin warm (kuning/oren)


Daylight & Flash:
  • Color Temp: 5500K
  • Jika outdoor, biasanya AWB akan menghasilkan WB yg sama dgn Daylight
  • Sesuai utk hari yg cerah dan skintone yg sedikit kekuningan
  • Daylight sometimes mewujudkan warna purple (rujuk gambar, compare dgn Flash)
  • Flash lebih sesuai digunakan dgn flash kerana cahaya drpd flash menyebabkan gambar kebiruan, maka temp 5500K yg agak warm akan menjadikan gambar putih semula

Cloudy & Shade:
  • Color Temp: 6500K & 7500K
  • Shade lebih warm drpd Cloudy
  • Ringkasnya, setting ini memberikan gambar yg lebih warm (oren) kerana cahaya daripada suasana yg cloudy (redup) dan shady akan memberikan warna yg sedikit kebiruan kpd subjek.
  • Setting ini juga sesuai utk sunrise atau sunset kerana ia menambahkan lagi warna oren dan menjadikan kesan Golden Hour lebih ketara.


Tungsten | Fluorescent

WB yg sesuai utk indoor, dlm keadaan byk lampu beraneka warna.

Lighting agak kekuningan dlm dewan, maka Tungsten WB yg sedikit cool digunakan

Tungsten:
  • Color Temp: 2850K
  • Sesuai utk indoor yg berlampukan tungsten. Lampu jenis ni buat gambar warm, maka temp 2850K yg agak cool sesuai utk menjadikan gambar putih semula

Lighting agak kebiruan dlm bilik ini, maka Fluorescent WB yg sedikit warm digunakan


Fluorescent:

  • Color Temp: 3800K
  • Lebih warm drpd Tungsten
  • Sesuai utk indoor yg berlampukan fluorescent. Lampu jenis ni buat gambar sedikit cool, maka temp 3800K yg agak warm sesuai utk menjadikan gambar putih semula


Kelvin | Choose Color Temp

WB utk expert/professional yg tau nak guna nilai suhu Kelvin berdasarkan keadaan cahaya persekitaran.
Membolehkan kita memilih suhu Kelvin dgn bebas, drpd 2000 (paling cool) kpd 10,000 (paling warm).
Biasanya WB jenis ni tiada pada kamera entry-level dan beginner.

Utk kamera yg takde feature ni, boleh je shoot gambar dlm format RAW, lps tu main Color Temp kat Adobe Lightroom, adjust lah indicator tu ke kanan utk warm dan ke kiri utk cool.




WB: OUTDOOR VS INDOOR 

Refer balik segala preset WB kat atas tu, ada yg sesuai utk outdoor, ada yg sesuai utk indoor.
Apa jadi kalau kita pakai WB yg sesuai utk gambar indoor tu kat outdoor? Dan sebaliknya?

Usha gambar bwh ni; gambar outdoor tapi di-snap dgn WB indoor:

Sunset (outdoor) dgn WB indoor

Mcm mana plak kalau gambar indoor yg sepatutnya cool dipakaikan WB outdoor?
Ni contoh gambar yg sepatutnya cool, tapi jadik mcm demam kuning sbb pakai WB Shade.

Portrait di bwh lampu fluorescent dgn Shade WB

Nmpk mcm tak sesuai kan? Mcm pelik pun ada.
Bg pandangan sesetengah org, 2 gambar mcm kat atas tu fail! Out! Tak layak dipanggil gambar! Sampah!

Namun bg korang yg shoot sendiri gambar ni, korang tanya diri korang balik, suka tak dgn efek kebiruan/kekuningan yg nmpk pelik bg org lain ni?

Kalau korang suka, then biaq p la apa depa nak kata.
Setakat ni tiada istilah WB yg salah, kecuali kalau korang masuk competition la kan.
Sebab seni tu subjektif. Setiap efek yg dihasilkan oleh WB tu mungkin menyakitkan mata sesetengah org, tapi cantik bg sesetengah org yg lain.

Kdg-kdg WB yg berlawanan mcm ni sesuai je, depends pd gambar. Tgk contoh gambar sunset yg aku shoot, pakai Olympus VG-120, WB: Fluorescent:

Sunset (outdoor) dgn Fluorescent WB oleh Oly VG-120

Fluorescent WB menimbulkan efek kebiruan pada gambar sunset yg sepatutnya kuning, sekaligus mewujudkan color contrast di antara biru dan oren, ditambah dgn sedikit purple. Lawa tak? Bagi aku lawa (puji gambar sendiri hihi).

Kita tgk plak contoh gambar portrait yg sepatutnya kuning, di-snap dgn WB indoor yg kebiruan:

Gambar portrait Myra Dolie yg dibirukan dgn WB indoor 

Aku suka dgn efek biru ni. Dia tak mencacatkan gambar. Tapi tu bg aku la.

Mungkin utk gambar landscape siang, WB indoor sedikit mencacatkan.
Tapi utk gambar landscape malam yg byk lampu, sometimes WB indoor boleh buat gambar nmpk lg kacak.

Atas: AWB | Kiri: Tungsten | Kanan: Shade

So aku tegaskan lg skali - tiada WB yg salah, kecuali kalau utk pertandingan yg memerlukan requirement tertentu, atau apabila korang buat job. Ye la, takkan nak shoot portrait dgn skintone biru plak kan? Mau kena libas dgn pengantin nanti.


TIPS UTK WB YG TEPAT

For sure korang pernah menghadapi situasi di mana WB lari, iaitu gambar yg sepatutnya kuning jadi biru, and vice versa, kan?

Utk mengelakkan situasi sedemikian berlaku, ni tips drpd aku:
  1. Fahamkan setiap preset WB yg ada dan kegunaan yg sesuai mengikut keadaan lighting
  2. Sentiasa shoot dlm format RAW, especially gambar portrait
  3. Mahirkan diri dgn penggunaan preset, fine tune, grey card atau manual WB (aku tak explain kat sini. sila gugel sendirik)
  4. Mahirkan diri dgn post processing, specifically bahagian white balance, removing color cast dan yg sewaktu dgnnya
  5. Jgn gunakan ISO yg terlalu tinggi. ISO yg terlalu tinggi, usually ISO3200 ke atas biasanya akan mewujudkan color cast. Gunakan flash jika perlu, jgn nak kedekut bateri sgt
  6. Sentiasa check WB yg sedang digunakan pada kamera sebelum shoot
  7. AWB tu paling shortcut, tp jgn bergantung sgt kpd AWB bila lighting condition memaksa korang pakai ISO tinggi, atau byk sgt lampu spotlight bagai
  8. Kalau buat job di dewan misalnya, dtg dewan tu lebih awal, dan shoot beberapa gambar dgn WB yg berlainan, dan tgk preset mana yg paling sesuai


KESIMPULAN

Lepas baca artikel ni, aku expect korang dah mula faham kegunaan WB yg Shade Tungsten apa semua tu dlm kamera korang, dan bila/bagaimana keadaan yg sesuai utk WB tersebut digunakan. 

Sbg ringkasan, aku kasi jadual ni. Kebenaran diberikan utk korang download, save, print dan buat simpanan, tapi jgn duk jual atau upload buat mcm reta sendiri plak. Boleh download disini: Download Jadual WB


So lps ni prektis, shoot gambar dgn WB yg berlainan dan lihat sendiri efek yg dihasilkan.

Sekian dulu artikel yg siyes agak pening aku nak susun ayat ni. Aku buat ni non-stop drpd lps subuh tadi (skrg dah nak dekat pukul 10am). So kalau korang berterima kasih kat aku, sila la belanja aku berbuka. Aku nak kenny rogers :D

Semoga bermanfaat.

Selamat berpuasa buat seluruh umat Islam :)

Ejad Fotopoyo

3 comments:

  1. Thanks sebab kongsi. Aku mula faham apa itu WB. Selalu duk guna auto je. Banyak kena google pasal WB lepas nih.

    ReplyDelete
  2. ejad, anda mmg terbaik... tengs for sharing
    ha? kenny rogers? blih2.. ajak KA sekali haha~

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...ilmu yg sgt bermanfaat. gud job bro

    ReplyDelete