Thursday, April 12, 2012

Aperture & Sharpness

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Just a simple article for today, psl penggunaan aperture dan kaitannya terhadap ketajaman (sharpness) sesebuah gambar.

First of all, back to basic - boleh baca apa itu aperture secara ringkas disini: Aperture

Petikan drpd artikel How Sharp is Sharp:
Gunakan aperture optimum. Optimum means bukanlah wide open aperture, tetapi di-stop down kan sedikit dlm 2 stops drpd maksimum aperture. Kalau korang kurang paham psl maksud stops, boleh baca psl teori "darab 2".
Contoh - lens 50mm F1.8 sharp pd f/4, kitlens sharp pada f/8~f/11.
Majoriti prime lens sharp pada f/4-f/5.6, manakala zoom lens sharp pada f/8-f/11.
Avoid stopping down to f/16, f/22 atau f/32, kerana ini akan menyebabkan efek diffraction.

Jadi apa yg ingin ditegaskan disini ialah sharpness sesebuah gambar bergantung kpd aperture, selain faktor-faktor lain seperti jenis lens yg digunakan, dgn tripod/monopod dan sebagainya.

So mcm mana nak dptkan gambar yg sharp giler drpd penggunaan aperture?

Dalam penggunaan aperture, 2 rules berikut perlu dipatuhi dlm proses mendapatkan gambar yg sharp giler kentang:
  1. Elakkan penggunaan wide open aperture, iaitu aperture terbesar sesebuah lens. Contoh 50mm F1.8, wide open aperture ialah f/1.8. Kalau tak paham, baca artikel Zoom Lens: Fixed & Variable Aperture
  2. Elakkan penggunaan aperture yg terlalu kecil, which in most cases, f/16-f/22 kerana ini akan menyebabkan diffraction yg akan menyebabkan gambar soft.

Senang cerita aku kasi sampel gambar:


Gambar di atas diambil dgn tools berikut:

Setting:
  • Aperture: 1-stop utk aperture bermula dari f/2 hingga f/5.6
  • JPEG 10MP, tiada modifikasi pada Sharpness, semua default
  • Post process: Straightened pastu 100% crop, tiada modifikasi pada Sharpness
  • Combined & watermarked with Photoscape

Ni hasil gambar yg dah di-zoom 100%. Klik kat gambar utk kasi besar supaya nampak lebih jelas:


Korang compare tulisan Canon Lens FD 50mm pada F2 dgn F4 dan F5.6, korang akan nmpk tulisan kat F2 tu soft sikit, pastu sharp giler kat F4 dan F5.6.

Ok, now for the easy calculation: lens 50mm F2 ni sharp pada aperture f/4. Kalau korang buat eksperimen ni pada lens Nikon dan Canon pun lebih kurang sama gak.

Drpd f/2 nak pegi kpd f/4 ialah 2 stops (2 --> 2.8 --> 4) tapi nak kasi mudah kira, 2 darab 2 jadi 4.
Maka itulah yg dimaksudkan dgn teori darab 2.


Usually utk lens 50mm, pada wide open aperture mmg hasilnya akan sedikit soft. Ini terbukti pada hampir kesemua 50mm pada setiap aperture, baik 1.2, 1.4 mahupun 1.8 dan juga setiap brand, baik Nikon, Canon, Pentax mahupun Sony.

Cuma, ada sesetengah lens baru, dia sharp kat wide open aperture, mcm AF-S Nikkor 50mm F1.8G, sbb dia dah guna coating baru, but still pada f/4 mmg hasil dia akan jadi lebih sharp giler gaban la.

Sbg kesimpulan, mudah je, kalau korang nak gambar yg sharp giler gaban, consider utk gunakan nombor aperture yg merupakan hasil darab 2 bagi maximum aperture lens anda. Baca balik pasal teori darab 2 atau rujuk je gambar kat atas ni kalau masih kurang paham.

Semoga memberi manfaat.
        
Ejad Fotopoyo

No comments:

Post a Comment