Saturday, February 4, 2012

Adobe Lightroom | Menukar Warna Mata

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Dengan rajin & bermurah hatinya, hari ni aku nak share cara yg simple utk tukar kaler mata.

Editing ini menggunakan perisian Adobe Lightroom 3.6. Kalau korang ada version lain tapi nak follow boleh jek, bendanya sama, tak byk perubahan sgt. Tapi kalau korang nak guna Photoshop ke Photoscape ke Picasa ke, g google sendirik. Ini utk Lightroom je.

Since ni bukan tutorial lengkap, tapi just tutorial simple, aku harap mereka yg nak ikut tips ni sanggup belajar Import/Export dan segala basic feature dlm Adobe Lightroom tu sendiri. In fact kat youtube banyak je cara. So jgn expect aku utk cerita everything ok?

Ok, say kita ada 1 gambar portrait yg lebih kurang mcm ni:


Gambar di atas ni straight dari kamera Pentax K100D & SMC Pentax-DA 18-55mm F3.5-5.6, EXIF: f/8, 1/90s, ISO200.

Sebelum ni dah ajar cara nak edit portrait kat sini: Simple Editing for Portraiture.
Kali ni nak share mcm mana nak edit mata je, kita main tukar-tukar kaler.

So first of all, import gambar masuk LR dan pergi kpd Develop section.
Since ni gambar portrait, first of all aku edit dgn cara yg lebih kurang sama dgn tutorial Simple Editing for Portraiture ni.

Ok, let say dah habis edit portrait kasi skin to soft, kulit cerah pe semua, skrg kita proceed utk edit mata pulak.

Sama mcm tutorial editing portait tu, since kita nak edit kat area yg tertentu, kita kena bermain dgn Adjustment Brush.


Utk version 3.6, ada preset baru - Color. So sape pakai v3.6, pilih je Color tu.
Kalau takde, pilih je mana-mana pun, doesn't matter, sbb nnt kita akan modify jugak exposure brightness pe semua tu.


Zoom skit gambar tu supaya kita akan dpt edit dan nmpk kesannya dgn lebih jelas. Utk shortcut keyboard, boleh tekan CTRL dan + (utk zoom in) atau CTRL dan - (utk zoom out).


Saiz pada brush boleh dikawal dgn scroll pada mouse. Just scroll mouse tu ke depan/belakang utk mendapatkan saiz brush yg korang ingini.

Sebelum start, seeloknya korang pergi kat bawah gambar tu kan, ada option Show Selected Mask Overlay. Tick option ni, supaya nanti area yg korang brush tu akan berwarna merah, menandakan yg area merah tu ialah tempat yg sudah di-brush.


Seterusnya kita beruslah area mata subjek yg kita nak kaler tu. Area yg di-brush itu akan berwarna merah, jgn panik, merah tu cuma indicator, bukannya kita dah brush kaler merah kat mata subjek.


Andaikata la kan korang ter-brush kat tempat yg tidak dikehendaki efek brush tu, hold butang ALT, brush tadi akan bertukar jadi simbol (-) instead of (+). So sambil menge-hold button ALT tu, keep brushing kat tmpt yg korang tanak tu, nnt indicator merah tu akan hilang.

Ok, dah habis brush? Korang boleh de-select (untick) option Show Selected Mask Overlay.

Next, usha balik bhgn Adjustment Brush td, ada option Color:


Halakan mouse ke dlm kotak yg berwarna-warni tu dan pilih la kaler mana yg korang nak.
Lepas tu tekan pangkah X yg ada kat sebelah kiri atas kotak warna tu.

Tgk nnt area yg korang dah brush td, iaitu mata subjek dah bertukar kaler, ikut kaler yg korang pilih tadi tu.


Kalau korang rasa warna kat mata tu kurang menyerlah, boleh cuba cara berikut:

  1. Tgk gambar kat atas ni, korang sebenarnya boleh modify Exposure Brightness Contrast pe semua tu. So adjust la benda-benda tu sampai la warna tu nmpk menyerlah bg korang
  2. Kalau masih kurang menyerlah jugak, click DONE atau CLOSE, kemudian brush lg kwsn mata tu dan repeat cara-cara diatas. Kiranya korang brush 2 kali la. Nak buat sampai 8 juta kali pun boleh. In fact utk setiap brush yg korang apply tu nnt, nak mix kaler pun boleh, apedehal

Ni hasil before and after:



Contoh lain, mata Myra Dolie:


So pasni kalau korang nak tgk efek kaler mata yg berlainan, takyah susah-susah nak g beli contact lens. Amik je gambar sendiri pastu edit mcm yg aku dah share ni. Hehe.

Lps dah edit tu, boleh la export ikut cara ni: Exporting Photos.

Semoga berjaya!

Ejad Fotopoyo

3 comments: