Monday, May 9, 2011

How Sharp is Sharp?

Sekadar gambar hiasan

Original article - luminous-landscape
* thanks to my cousin, Iskandar Yahya for the link

Artikel ni basically cuma terjemahan dgn sedikit penambahan drpd artikel di atas, dlm bahasa yg lebih mudah utk difahami.

============================================================

Biasa tak dgr dialong-dialog sebegini?

"Lens ni dgn lens ni, mana lebih sharp?"


"Kau rasa lens ni mcm mana, sharp tak?"


"Ada tak zoom lens yg sama sharp dgn prime lens?"

Wujud photographer yg mana juga dikenali sbg ahli kaji gambar, atau pixel peep, di mana mereka ni lebih suka test sesebuah kamera/lens dan membuat perbandingan pd gambar yg terhasil.

Kajian yg bagaimana? Instead of mengkaji composition, lighting, subject etc etc, mereka print dan check detail gambar utk kaji kualiti - terutamanya SHARPNESS.

Then mereka akan mula merungut, lens ni tak cukup sharp.
Mereka beli kamera dan lens termahal semata-mata utk memenuhi keperluan sharpness mereka.

Then merungut lagi, kerana mereka rasa ada lagi lens yg lebih sharp drpd apa yg mereka ada.

Mindset mereka cuma 1 - bila lens itu sharp, maka cantiklah gambar.
Sharpness itu adalah segala-galanya bg mereka.

Diam tak diam, sebenarnya kita pun sama shj.

Kita beli 50mm F1.8 sbb sharp, then jual, beli 50mm F1.4 sbb lebih sharp, kemudian F1.4 mcm tak cukup sharp, beli pulak 50mm F1.2, dan seterusnya.

Kita beli, jual dan beli semula kamera/lens kerana 1 tujuan - utk mendapat gambar yg sharp.

Maka wujudlah pula dialog-dialog sebegini:

"Aku tgk gambar Canon lagi sharp la. Better aku jual Nikon aku ni, jumpship ke Canon" (atau sebaliknya)

"Tak best la kitlens aku ni. Aku tgk gambar member aku guna 70-200 sharp giler kot"


"Ish, dah jumpship pun mcm tak sharp. Aku nak guna Leica lah, takpun Carl Zeiss, confirm sharp"

That's enough!

Instead of mengembara mengejar ke-SHARPNESS-an yg takkan berakhir ni, baik kita belajar mcm mana nak mendapatkan imej yg sharp gila kentang, just by using our current equipments.


1) Primes lens adalah sentiasa lebih sharp drpd zoom lens (usually)

Sumber: teenagephotographer

Sape tak tau amende prime lens tu, boleh baca artikel Jenis-jenis Lensa.

The title says it all. Nak sharp? Guna prime lens. Jgn guna zoom lens langsung.

Kenapa prime lens lebih sharp?

Zoom lens mempunyai lebih byk elemen drpd prime lens, menyebabkan binaannya lebih kompleks, sekaligus meninggikan risiko CA, penurunan contrast dan flare.

Prime lens on the other hand, biasanya mempunyai aperture yg lebih besar, binaan yg lebih simple, ringan, murah (tak semua) dan focusing yg lebih pantas.

Andai anda tak percaya, gunakan zoom lens paling mahal yg anda ada (contoh: 24-70 F2.8, 70-200 F2.8), lawan dgn lens 50mm F1.8, shoot gambar yg sama, dan lihat sendiri perbezaannya.


2) Lens drpd original manufacturer lebih sharp drpd lens drpd jenama 3rd party (usually)

Which is why kebanyakan lens original adalah jauh lebih mahal drpd lens 3rd party.

Harga lens Sigma 70-200 F2.8 adalah separuh drpd harga Nikkor 70-200 F2.8.
Nikkor 17-55mm F2.8 jauh lebih mahal drpd Tamron 17-50mm F2.8.
Sigma 24-70mm F2.8 sgt murah berbanding Nikkor/Canon 24-70mm F2.8.

So if you are seriously aiming for sharpness, jgn beli 3rd party lens. Beli yg original.


3) You get what you pay for

Try shoot gambar guna 18-55mm, pastu 50mm F1.8, then 50mm F1.4 dan last sekali 50mm F1.2.

Notice any differences? Of course you do. 50mm F1.2 menghasilkan gambar yg lebih ohsem drpd 50mm F1.8 dan kitlens 18-55.

Now compare the prices. Agak-agak boleh faham ke kenapa 50mm F1.2 tu mahal gler, dan 18-55/50mm F1.8 tu tak sampai RM400 pun?

So technically, you get what you pay for.

Good thing doesn't come cheap, cheap thing doesn't come good.
But how good is good and how cheap is cheap? Anda shj yg boleh jwb soalan itu.

So andai anda mampu beli BMW, by all means, go for it!
Tapi jika tidak, beli sahaja Honda EX5 and live happily with what you can afford.
Tujuannya sama - utk sampai ke destinasi.
Sama saja dgn kamera/lens - utk ambil gambar.


4) Sharp Lens + Noob Photog + Wrong Techniques = RUBBISH

This is an important part, like truly important.

So ikut point 1 - 3, anda dah beli prime lens drpd original manufacturer yg mahal, tanpa teknik yg betul, tak ke mana nya sharp korang tu.

Berikut adalah teknik yg boleh diguna-pakai utk mendapatkan sharpness yg optimum:

  1. Gunakan tripod yg solid, berat dan kukuh. Bermakna bukanlah tripod murah yg anda dpt free yg boleh melayang jika ditiup oleh angin kuat

  2. Gunakan Mirror Lock-up dan cable/wireless release utk mengelakkan berlaku vibration. Vibration ni takde kerja lain, kecuali membunuh sharpness.

  3. Gunakan segala bagai IS, VR, SS yg ada. Jika tiada, fahamkan teknik 1 Over Focal Length

  4. Gunakan aperture optimum. Optimum means bukanlah wide open aperture, tetapi di-stop down kan sedikit dlm 2 stops drpd maksimum aperture (rujuk artikel Divisyen Stops). Kalau korang kurang paham psl maksud stops, boleh baca psl teori "darab 2" di SINI.
    Contoh - lens 50mm F1.8 sharp pd f/4, kitlens sharp pada f/8~f/11.
    Majoriti prime lens sharp pada f/4-f/5.6, manakala zoom lens sharp pada f/8-f/11.
    Avoid stopping down to f/16, f/22 atau f/32, kerana ini akan menyebabkan efek diffraction.

  5. Penggunaan ISO yg serendah mungkin atau sederhana, dlm ISO100 - 400. ISO yg sederhana akan mewujudkan grain yg tidak terlalu ketara sbg penyumbang kpd ketajaman gambar.

  6. Off-kan Noise Reduction pd body kamera. NR akan menyebabkan gambar menjadi soft dan hilang detail

  7. Post-processing/editing skill juga perlu diambil perhatian. Function sharpness pd body kamera dan software itu bukanlah utk hiasan semata-mata. Plus, gambar RAW perlu disharpkan semasa post-processing

  8. Elakkan penggunaan filter kecuali jika perlu. Contoh perlu tu bila kita gunakan CPL atau ND utk kurangkan kemasukan cahaya. Tapi kalau setakat shoot suka-suka, toksah pakai filter tu. Penambahan kanta hanya akan menurunkan kualiti gambar.

Utk tips yg lebih banyak, boleh usha 17 Tips for Taking Tack Sharp Photos


KESIMPULAN

"Most Lenses are Better Than Most Photographers"

Yes, mmg ada perbezaan diantara setiap jenama/model yg ada. There are valid reasons kenapa lens Leica, Contax, Carl Zeiss adalah lebih mahal drpd Tamron, Tokina, Sigma etc etc.

Anda boleh kecoh 1 dunia dgn mengatakan lens Nikkor/Canon 24-70mm F2.8 tu hebat, lens lain semua tak best sbb tak sharp la apa la.

Namun, sedarkah anda, semua lens, baik mahal mahupun murah, AF ataupun MF, semuanya bagus.
Yg buat gambar tak sharp ialah? Yes, diri sendiri :)

Jika teknik yg digunakan itu betul (ikut tips di atas), kitlens boleh menghasilkan gambar yg lebih sharp drpd lens mahal yg lain.

Dan sharpness bukanlah segala-galanya.

Ada sebabnya kenapa aperture f/1.8 pd lens 50mm F1.8 lens menghasilkan foto yg soft & glow, sebab efek itu sgt sesuai utk portrait.

So, instead of mengejar sharpness tak sudah-sudah, gunakan sahaja apa yg ada - kitlens, 50mm dan fahami teknik yg betul utk mendapatkan imej paling sharp. How sharp? Hanya anda tahu jwpnnya.

Ejad Fotopoyo

14 comments:

  1. ini baru betul blog photography. salute sama lu bro

    ReplyDelete
  2. CA tu apa maknanya boss..apa kebaikan CA atau keburukannya..?

    ReplyDelete
  3. hasselku:
    CA stands for Chromatic Aberration, lebih kpd keburukan drpd kebaikan.
    baca ni: http://en.wikipedia.org/wiki/Chromatic_aberration

    ReplyDelete
  4. tak sume gmbr sharp tu lawa & tak sume gambar blur tu x lawa.kalo gmbr taik sharp,lawa ke?kalo panning, background mst blur, xlawa ke?hahha..kcantikan tu subjektif kn

    ReplyDelete
  5. salam bro..follewer ur blog here. canon user, berbalik pada sunny 16, example
    iso 100, f(16) dan shutter speed 125,
    mcamna nak set f(16) dgn shutterr speed 125? jika guna mode A, boleh adjust tapi shutter lari. jika guna Tv, leh adjust shutter. tapi f lak lari. M boleh adjust shutter speed...

    please help :)

    ReplyDelete
  6. Suri:
    Av - Aperture Priority
    Tv - Shutter Priority
    M - fully manual, kena adjust shutter speed, aperture dan ISO

    nak lbh fhm, bukak manual, sila baca

    ReplyDelete
  7. yes!!!!!!!dah faham...oh my mind, lupa dah. TQ beb :)

    ReplyDelete
  8. kurang jelas dgn prime lens. ada nama lain bagi prime lens? wat is prime lens actually?

    ReplyDelete
  9. cuba taip "prime lens" kat google, tgk ape kluar.
    http://ejadfotopoyo.blogspot.com/2011/01/mari-belajar-fotografi-4-jenis-jenis.html

    ReplyDelete
  10. Thanks for review, it was excellent and very informative.
    thank you :)

    ReplyDelete
  11. pos yang baik.
    kena tukar mentaliti gila gadget di kalangan peminat fotografi

    ReplyDelete